Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

5,116 kes baru COVID-19 di S'pura; tiada kematian

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Kementerian Kesihatan (MOH) melaporkan 5,116 kes baru COVID-19 di Singapura setakat 12.00 tengah hari Ahad (26 Jun).

Ia terdiri daripada 4,697 jangkitan tempatan dan 419 ‬‬kes import.

Tiada kematian dilaporkan.

Berikut maklumat yang perlu anda tahu:

KEMAS KINI KEADAAN

Kes baru pada 26 Jun: 5,116
Kes baru tempatan: 4,697 
Kes import: 419

Jumlah kes baru Protokol 2: 4,631

Ini terdiri daripada 4,240 kes tempatan dan 391 kes import.

Protokol 2 adalah pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah.

Lagi 485 kes disahkan menerusi ujian PCR.

Sebanyak 457 adalah jangkitan tempatan, manakala 28 adalah kes import.

Jumlah kes terkumpul sejauh ini sejak pandemik melanda: 1,408,358

KEMATIAN

Kes kematian pada 26 Jun: 0

Jumlah kematian sejauh ini: 1,408

Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan adalah 1.52, naik sedikit berbanding 1.48 semalam (25 Jun).

Kadar itu merujuk kepada nisbah kes dalam masyarakat pada minggu lalu berbanding minggu sebelumnya.

Kadar melebihi 1 menunjukkan jumlah kes mingguan baru COVID-19 semakin meningkat.

KEADAAN DI HOSPITAL

Seramai 377 pesakit masih dirawat di hospital, naik berbanding 353 semalam (25 Jun).

Memerlukan bantuan oksigen di wad biasa: 19

Dipantau rapi di ICU: 11

Seramai 6,272 pesakit dibenarkan keluar hospital.

PERKEMBANGAN VAKSINASI

Setakat Sabtu (25 Jun), 96 peratus penduduk yang layak sudah divaksin di bawah program vaksinasi nasional.

Baru menerima satu dos: 93 peratus
Sudah lengkap dua dos: 92 peratus
Sudah disuntik dos penggalak: 78 peratus

Sumber : BERITA Mediacorp/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan