50,000 pegawai perkhidmatan awam dilantik, dilatih bagi tugas pilihan raya; sesetengah sudah dimaklumkan
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: TODAY/Nuria Ling)
SINGAPURA: Sekitar 50,000 pegawai perkhidmatan awam akan dilantik dan dilatih untuk mengendalikan pusat mengundi dan kegiatan kiraan undi menjelang Pilihan Raya Umum akan datang.
Jabatan Pilihan Raya (ELD) mendedahkan demikian pada Rabu (6 Mac) sebagai menjawab pertanyaan Mediacorp mengenai sama ada kakitangan perkhidmatan awam telah dikerahkan untuk menjalani latihan sebagai pegawai pilihan raya.
Pilihan Raya Umum Singapura yang akan datang harus diadakan sebelum November 2025.
Awal minggu ini, Mediacorp mendapat tahu bahawa sekurang-kurangnya enam kakitangan perkhidmatan awam, termasuk guru daripada pelbagai kementerian dan badan berkanun, telah menerima notis bagi peranan mereka sebagai pegawai pilihan raya, sejak minggu lalu.
Sejumlah pegawai perkhidmatan awam daripada beberapa agensi yang tidak mahu mendedahkan nama mereka, juga berkongsi bahawa sesetengah rakan kerja mereka telah menerima notis melalui emel.
Dalam satu emel yang dilihat Mediacorp, seorang pegawai perkhidmatan awam telah dilantik sebagai Pegawai Pusat Mengundi.
Seorang Pegawai Pusat Mengundi merupakan pegawai pilihan raya, yang akan mengendalikan dan membantu prosiding mengundi di pusat mengundi itu. Ia adalah salah satu daripada beberapa peranan - termasuk penolong Pegawai Pengurus Undi dan penolong pengiraan - biasanya ditugaskan kepada pegawai pilihan raya.
Pegawai-pegawai itu menyelia proses pengundian di pusat mengundi, yang biasanya terletak di sekolah, pusat masyarakat serta kolong blok.
Mediacorp difahamkan bahawa pegawai perkhidmatan lain juga menerima emel pelantikan yang serupa.
ELD menyatakan ia melantik dan melatih pegawai perkhidmatan "secara berterusan" untuk melaksanakan tugas pilihan raya bagi mempersiapkan perkhidmatan awam itu bagi menjalankan pilihan raya di Singapura, yang merupakan satu pendirian yang dikekalkan jabatan itu pada masa lalu.
Ia bagaimanapun tidak menjawab sebarang pertanyaan mengenai purata masa di mana pegawai perkhidmatan awam dimaklumkan mengenai perlantikan mereka dan waktu pilihan raya diadakan.

Sumber : CNA/AY/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.