50,000 orang berkumpul di Stadium Negara bagi perhimpunan bersama Pope Francis
Anggaran Waktu Membaca:
Pope Francis tiba di Stadium Negara bagi satu perhimpunan pada 12 Sep 2024. (Gambar: CNA/Wallace Woon)
SINGAPURA: Sekitar 50,000 orang berkumpul di Stadium Negara pada Khamis (12 Sep) untuk menghadiri satu perhimpunan agama dipimpin seorang ketua gereja Katolik, yang pertama seumpamanya sejak 1986.
Pope Francis tiba pada pukul 4.30 petang lalu menaiki satu kereta bugi berwarna putih untuk mengelilingi stadium sambil mengagihkan tasbih katolik kepada mereka yang ditemui.
Para hadirin pula memakai baju berwarna kuning dan putih, iaitu warna bendera Vatican. Mereka melambaikan tangan ke arahnya sambil bersorak, dengan ada yang memegang sepanduk yang tertulis ucapan masing-masing.
Stadium Negara mula meriah dari seawal jam 11.00 pagi, enam jam sebelum perhimpunan tersebut dijadualkan bermula.
Orang ramai kelihatan mula beratur awal di luar stadium. Sebilangan daripada mereka memegang payung untuk berteduh daripada matahari yang terik.
Setakat jam 12.30 sahaja, Mediacorp mendapati ada sekurang-kurangnya 200 orang dalam barisan di salah satu pintu masuk stadium.
Sebaik sahaja pagar dibuka, orang ramai memasuki stadium dan kelihatan mengambil gambar di hadapan satu tempat memuja yang digunakan dalam perhimpunan berkenaan.
Latihan terakhir bagi acara tersebut berlangsung sekitar pukul 3.30 petang, dengan koir menyanyikan beberapa lagu puja, mengikut atur cara program.
Pope Francis tiba di Singapura pada Rabu petang dan menyampaikan satu ucapan agama di perhimpunan tersebut.
Perdana Menteri Lawrence Wong bersama isteri, Cik Loo Tze Lui, Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia Edwin Tong dan Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang K Shanmugam turut menghadiri acara itu.

Sumber : CNA/AQ/aq
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.