Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

5,000 sukarelawan lakukan lawatan rumah ke rumah, bantu tingkatkan kesedaran denggi

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 02 Jul 2022 06:22PM Dikemas Kini : 02 Jul 2022 09:39PM
SINGAPURA: Kesedaran mengenai pencegahan denggi sedang diperhebat dengan sekitar 5,000 sukarelawan Persatuan Rakyat (PA), melakukan lawatan rumah ke rumah untuk dua minggu ini.

Lawatan ke kawasan-kawasan kelompok denggi itu bertujuan menangani lonjakan jumlah kes denggi yang kini mencecah hampir 18,000 sejak awal tahun ini.
Bilangan itu lebih tiga kali lebih banyak berbanding sekitar 5,260 kes bagi keseluruhan tahun lalu.

Sukarelawan dari Persatuan Rakyat (PA)mengetuk satu pintu ke satu pintu di estet Boon Lay Drive, sambil menghulurkan risalah dan ubat pembasmi serangga.

Mereka turut berkongsi petua tentang cara-cara mencegah pembiakan nyamuk.

"Mereka melihat para pemimpin akar umbi mendekati mereka di estet mereka. Mereka melihat iklan di TV. Jadi saya rasa mesejnya cukup kuat dan mereka perlu mainkan peranan kerana ini nyawa mereka. Kini saya rasa mereka lebih faham tentang bahaya denggi, kata Naib Pengerusi Jawatankuasa Kecemasan dan Pendekatan Masyarakat, Persatuan Rakyat, Cik Rene Shepherdson.

Boon Lay Drive kini dalam kategori amaran merah dan kawasan berisiko tinggi kerana mempunyai 10 kes atau lebih.

Kelompok denggi di Boon Lay Drive mencecah hampir 200 kes, dengan 27 kes dicatatkan sejak dua minggu lalu.

Kini terdapat lebih 300 kelompok denggi di Singapura.

"Kami sangat perlukan sokongan masyarakat untuk membantu kami sebar mesej kepada para penduduk bahawa mereka boleh mainkan peranan dan perlu mainkan peranan untuk menghentikan pembiakan nyamuk," kata Setiausaha Parlimen Kanan Kemampanan & Sekitaran, Baey Yam Keng.

"Mencegah lebih baik daripada mengubati.
Saya sudah dua kali dijangkiti denggi, pengalamannya sangat tidak elok . Muntah-muntah, cirit-birit, demam, ia sangat teruk, tambah beliau.

Para pegawai Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) sudahpun melakukan hampir 390,000 pemeriksaan denggi di serata negara.

Hasilnya hampir 11,000 tempat pembiakan nyamuk dikesan, dengan 50 peratus pembiakan nyamuk Aedes terdapat di dalam rumah.
Sumber : CNA/DY/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan