Skip to main content

Singapura

5,000 penduduk dijangka hadiri pesta sukan inklusif pertama OTH minggu ini

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 09 Jul 2023 06:10PM Dikemas Kini : 09 Jul 2023 09:55PM
SINGAPURA: Tampines mengadakan pesta sukan inklusif yang pertama siang tadi (9 Jul).

Ia bertujuan membantu masyarakat agar lebih memahami keperluan golongan kurang upaya.

Acara di Hab Tampines Kita itu menampilkan pelbagai sukan inklusif dan 5,000 penduduk dijangka hadir sepanjang minggu ini.

Golongan kurang upaya boleh mencuba pelbagai jenis sukan seperti tenis meja dan bola keranjang menggunakan kerusi roda.

Acara tersebut mendapat kerjasama lebih 20 pihak seperti Majlis Sukan Kurang Upaya Singapura dan pelbagai sekolah.

Majlis Paralimpik Kebangsaan Singapura misalnya bekerjasama dengan ITE Central bagi menjalankan senaman angkat berat bagi para atlit.

Para sukarelawan pula dilatih SG Enable bagi memahami keperluan golongan kurang upaya.

Menteri Pembangunan Sosial & Keluarga, Masagos Zulkifli menarik perhatian bahawa usaha mereka adalah untuk menjadikan Tampines sebuah kejiranan bagi keluarga, di mana mereka akan menyokong pelbagai keluarga, termasuk mereka yang mempunyai kurang daya upaya.

"Hari ini kita akan menjalankan beberapa kegiatan melalui olahraga dan sukan supaya bukan saja mereka dapat menyertai bersama-sama masyarakat bersama-sama, tetapi juga supaya mereka merasakan mereka adalah sebahagian masyarakat kita, supaya kita menjadi masyarakat yang inklusif," kata beliau.
Sumber : CNA/AA/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita