Skip to main content

Singapura

5,000 isi rumah akan terima baucar pasar raya Sayap Wanita & Yayasan Masyarakat PAP sempena Hari Ibu

Anggaran Waktu Membaca:
5,000 isi rumah akan terima baucar pasar raya Sayap Wanita & Yayasan Masyarakat PAP sempena Hari Ibu

Gambar: CNA

Diterbitkan : 13 May 2023 08:02PM Dikemas Kini : 13 May 2023 08:09PM
SINGAPURA: Sekitar 5,000 isi rumah bakal menerima baucar pasar raya bagi membantu perbelanjaan rumah di tengah-tengah kos sara hidup yang meningkat.

Baucar berjumlah $637,000 itu, boleh digunakan di pasar raya NTUC Fairprice dan Sheng Siong.

Dana tersebut dikumpulkan oleh Sayap Wanita Parti Tindakan Rakyat serta Yayasan Masyarakat PAP.

Baucar-baucar itu akan diagihkan kepada golongan ibu dan kanak-kanak memerlukan, yang dikenalpasti menerusi usaha mendekati mereka oleh para sukarelawan di lapangan.

Program tersebut dilancarkan sempena sambutan Hari Ibu.

Pengerusi Sayap Wanita PAP Sim Ann berkata, lebih banyak usaha akan dilakukan, bagi membantu kaum wanita merasa selamat dan diperkasakan.

"Sayap Wanita PAP telah sekian lama memperjuang dan menggesa bantuan masyarakat yang lebih kukuh kepada kaum ibu yang perlu hidup sendiri - terutama bantuan dari segi penjagaan kanak-kanak, perumahan dan kewangan. Kita tahu, jika kita bantu si ibu, kita juga dapat bantu anak-anaknya, dan masa depan akan menjadi lebih cerah untuk semua," kata Cik Sim Ann.
Sumber : CNA/IQ/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita