Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

5,000 anak Melayu lulus dari ITE tahun lalu; 30 lulusan ITE Melayu berjaya ke universiti saban tahun

Tahun lalu juga seramai 3,200 anak Melayu lulus daripada politeknik.

Anggaran Waktu Membaca:
 5,000 anak Melayu lulus dari ITE tahun lalu; 30 lulusan ITE Melayu berjaya ke universiti saban tahun

Norheesham Rahmat lulusan ITE pertama dapat masuk universiti tempatan selepas mengikuti WSDip. (Gambar: Afiqah Hussain/BERITAmediacorp)

SINGAPURA: Seramai 5,000 anak Melayu daripada Institut Pendidikan Teknikal (ITE) tahun lalu.

Secara purata, sekitar 30 lulusan Melayu daripada setiap kohort ITE berjaya melangkah ke universiti berautonomi (AU).

ITE grad

Tahun lalu juga seramai 3,200 anak Melayu lulus daripada politeknik.

Sementara itu seramai 800 pelajar Melayu lulus daripada universiti berautonomi (AU) dan menjadi graduan pada tempoh yang sama.

Menteri Negara Kanan Tenaga Manusia merangkap Pertahanan Zaqy Mohamad mendedahkan demikian dalam perbahasan Jawatankuasa Peruntukan bagi Ehwal Masyarakat Islam hari ini.

Menurut Tinjauan Pengambilan Kerja Graduan dalam kalangan graduan Melayu yang aktif secara ekonomi, sekitar 9 daripada 10 graduan daripada AU dan politeknik serta lapan daripada 10 graduan daripada ITE diambil bekerja dalam masa enam bulan selepas tamat sekolah.

"Hasil pengambilan kerja mereka dapat dibandingkan secara meluas dengan rakan-rakan sebaya daripada kaum-kaum lain," kata Encik Zaqy.
 

Sumber : BERITA Mediacorp/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan