Skip to main content

Singapura

500 penduduk berbilang kaum buka puasa bersama di Kelab Masyarakat Nanyang

Anggaran Waktu Membaca:
500 penduduk berbilang kaum buka puasa bersama di Kelab Masyarakat Nanyang

500 penduduk berbilang kaum buka puasa bersama di Kelab Masyarakat Nanyang.

BERITAmediacorp: Lebih 500 penduduk, termasuk 60 belia bukan Melayu dan warga baru dipelawa untuk berbuka puasa secara beramai-ramai hari ini di Kelab Masyarakat Nanyang pada Ahad (9 April).

Ia anjuran lapan Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) Kawasan Undi GRC West Coast dan Pioneer.

Turut hadir adalah para Penasihat Pertubuhan Akar Umbi , dua kawasan undi itu, termasuk Menteri Pembangunan Negara Desmond Lee.

Acara itu memberi penduduk daripada semua lapisan usia, kaum dan latar belakang peluang untuk mempelajari dan meningkatkan pemahaman mereka tentang budaya masyarakat Melayu/Islam, bulan Ramadan dan amalan berbuka puasa.

Dalam ucapannya, Encik Lee mengingatkan bahawa usaha memupuk kepercayaan bersama dalam masyarakat yang pelbagai memerlukan persefahaman yang kukuh.

"Bagi kita semua yang daripada (kumpulan) etnik dan agama berbeza, untuk berbuka puasa bersama rakan-rakan kita yang beragama Islam, memerlukan "resipi istimewa'- iaitu sikap toleransi, saling menghormati, dan yang paling penting - keinginan untuk saling memahami,” kata Encik Lee.

Dalam pada itu, kesemua lapan MAEC akan terus memupuk ikatan yang lebih erat dalam masyarakat Melayu serta masyarakat lain dengan bekerjasama dengan pelajar dari Kumpulan Budaya Melayu Universiti Teknologi Nanyang (NTU).

Ia menyediakan ruang yang selamat untuk pemimpin belia membangunkan kemahiran kepimpinan dan dilibatkan dalam landskap masyarakat sukarelawan yang lebih luas.
Sumber : BERITA Mediacorp/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita