500 penduduk baru estet Teck Ghee Parkview disambut dalam satu pesta
Sekitar 500 keluarga yang baru-baru ini berpindah ke estet Teck Ghee Parkview menghadiri satu pesta meraikan mereka siang tadi (28 Jul).
SINGAPURA: Sekitar 500 keluarga yang baru-baru ini berpindah ke estet Teck Ghee Parkview menghadiri satu pesta meraikan mereka siang tadi (28 Jul).
Acara anjuran bersama Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) dengan Jawatankuasa Penduduk estet itu bertujuan menggalak interaksi antara jiran tetangga.
Pesta itu menyediakan beberapa pondok kegiatan yang dikendalikan para penduduk dan dibiayai dana 'Friendly Faces, Lively Places' HDB.
Hampir 30 wakil daripada pelbagai agensi termasuk Pasukan Polis Singapura (SPF) menyertai acara itu untuk memberikan tips berkaitan topik-topik seperti keselamatan rumah.
Perdana Menteri Lee Hsien Loong, yang juga penasihat Pertubuhan Akar Umbi GRC Ang Mo Kio, turut hadir untuk menyerikan pesta itu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.