Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

500 pembantu rumah Indonesia kumpul berhari raya di kolong blok Pasir Ris

Seramai 500 pembantu rumah Indonesia berkumpul dalam satu perjumpaan Hari Raya besar-besaran di kolong blok di Pasir Ris sempena acara Halal Bil Halal, anjuran POS TKI Logistics.

Anggaran Waktu Membaca:
500 pembantu rumah Indonesia kumpul berhari raya di kolong blok Pasir Ris

Para pembantu rumah Indonesia di perjumpaan Hari Raya anjuran POS TKI Logistics. (Gambar: POS TKI Logistics)

BERITAmediacorp: Seramai 500 pembantu rumah Indonesia berkumpul dalam satu perjumpaan Hari Raya besar-besaran di kolong blok di Pasir Ris sempena acara Halal Bil Halal, anjuran POS TKI Logistics.

Perjumpaan itu kembali diadakan selepas dua tahun akibat pandemik COVID-19 meskipun dengan jumlah tetamu yang jauh berkurangan berbanding sekitar 3,000 hadirin pada tahun-tahun sebelum ini.

pos tki
(Gambar: POS TKI Logistics)

"Tujuan kami mengadakan perjumpaan Hari Raya ini ataupun acara Halal Bil Halal adalah untuk meraikan pembantu rumah Indonesia yang ada di Singapura memandangkan mereka tak dapat pulang ke kampung selama dua tahun," kata Pengarah Urusan POS TKI, Encik Anwar Tahar mengenai majlis di Blok 578 Pasir Ris Street 53 itu.

"Setelah pemerintah membuka ruangan untuk kita bersama, kami dari POS TKI mengambil inisiatif ini untuk membuat perjumpaan Hari Raya supaya kami dapat berkumpul dengan pembantu rumah Indonesia yang ada di Singapura."

pos tki
(Gambar: POS TKI Logistics)

Acara itu juga, kata Encik Anwar, dirancang secara "mendadak" dalam tempoh tiga empat hari sahaja. Namun, ia berjalan lancar dengan bantuan pasukan POS TKI.

pos tki
(Gambar: POS TKI Logistics)

"Harapan saya ialah untuk menyediakan lebih ruang dan kesempatan bagi menganjurkan majlis yang lebih besar seperti tahun-tahun sebelum COVID, supaya kita dapat meraikan pembantu rumah Indonesia bersama dengan rakyat Singapura," ujar beliau.

Sumber : BERITA Mediacorp/im

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa