500 keluarga bergaji rendah terima agihan daging korban Jamiyah
Sebanyak 500 keluarga dari tiga kawasan perumahan menerima agihan daging korban pada Sabtu dan Ahad (12 Sep) di bawah Program Korban Tahunan Jamiyah 2021.
SINGAPURA: Sebanyak 500 keluarga dari tiga kawasan perumahan menerima agihan daging korban pada Sabtu dan Ahad (12 Sep) di bawah Program Korban Tahunan Jamiyah 2021.
Pengagihan daging korban kepada para penduduk di Bukit Batok, West Coast dan Bukit Panjang diusahakan oleh badan tersebut dengan kerjasama Persatuan Rakyat (PA) dan para pemimpin akar umbi kelab-kelab masyarakat yang turut terlibat sama.
Setiap keluarga menerima dua kilogram daging korban, menurut Jamiyah dalam kenyataan medianya pada Isnin (13 Sep).
Sejak 31 Julai hingga hujung minggu lalu, Jamiyah sudah menganjurkan enam pengagihan daging korban bagi penderma yang melakukan ibadah korban menerusi badan itu, serta kepada para penduduk bergaji rendah di SMC Bukit Batok, GRC Marine Parade, SMC Hong Kah North, GRC West Coast dan GRC Holland-Bukit Timah.
Menurut Jamiyah, ia mengagihkan daging korban kepada sekitar 4,200 keluarga berbilang kaum di 17 kawasan undi pada tahun ini, berbanding 3,553 keluarga di 14 kawasan undi tahun lalu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.