Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

500 keluarga banduan terima bantuan kewangan dua kali ganda

Anggaran Waktu Membaca:
500 keluarga banduan terima bantuan kewangan dua kali ganda
Diterbitkan : 17 Nov 2024 07:05AM Dikemas Kini : 17 Nov 2024 07:50AM
SINGAPURA: Hampir 500 keluarga banduan akan menerima bantuan kewangan hampir dua kali ganda menerusi barangan runcit dan baucar buku, di bawah inisiatif baharu.

Keluarga yang mempunyai anak di bawah usia lima tahun juga akan diberikan tambahan baucar barangan runcit 150 dolar.

Menteri Kedua Kewangan Chee Hong Tat berkata usaha itu bertujuan untuk membantu keperluan keluarga tersebut dengan segera.

Namun, beliau berkata selain bantuan yang diberikan, mereka juga memerlukan saluran untuk berkongsi masalah mereka.

Encik Chee berkata demikian kepada para sukarelawan di acara Projek Masyarakat Reben Kuning pada Sabtu (16 Nov).

"Proses ini hanya boleh dilakukan apabila anda ada sentuhan manusia, dan itulah sebab kami memerlukan anda semua untuk meneruskan kerja baik ini yang anda lakukan, kerana anda menawarkan sentuhan manusia yang penting untuk membuka pintu kepada hati mereka, untuk membina kepercayaan, dan selepas itu melihat sumber yang boleh kami sediakan untuk membantu mereka,' kata Encik Chee.

Acara tersebut dianjurkan untuk memberi penghargaan kepada lebih 1,000 sukarelawan Reben Kuning.

Sejak 2010, sukarelawan tersebut sudah membantu lebih 23,000 keluarga banduan.

Keluarga atau bekas banduan yang memerlukan bantuan juga boleh menghubungi sukarelawan tersebut melalui portal online baharu.

Terdapat bengkel baharu mengenai topik seperti pemulihan dan ketagihan dadah tahun depan.

Para sukarelawan berkata bantuan masyarakat sedemikian memberi kesan positif yang berpanjangan buat bekas banduan serta keluarga mereka untuk memulakan kehidupan baharu.
 
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan