Skip to main content

Singapura

500 katil hospital sudah ditambah; lagi 800 pada hujung tahun ini, kata Ong Ye Kung

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 02 Oct 2023 05:46PM Dikemas Kini : 02 Oct 2023 09:00PM
SINGAPURA: Singapura mencatat kemajuan dalam menangani isu kekurangan katil dalam sistem jagaan kesihatan awam.

Menteri Kesihatan Ong Ye Kung berkata, tambahan 500 katil sudah pun disediakan dan ini sebahagian daripada sasaran 1,300 yang diumumkan sebelum ini.

Encik Ong menambah, Singapura dijangka dapat menyediakan baki tambahan katil itu menjelang hujung tahun ini.

Encik Ong memberi kemas kini mengenai isu itu semasa lawatannya ke Hab Jagaan Bersepadu (ICH) di Hospital Tan Tock Seng pada Isnin (2 Okt).

Kemudahan tersebut boleh menjaga sehingga 15,000 pesakit setahun dan menyediakan khidmat seperti pemulihan dan jagaan akhir hayat.

Encik Ong berkata, pembukaan hab itu adalah satu langkah ke arah menangani cabaran-cabaran kapasiti jagaan kesihatan di negara ini.

"Sedang penduduk kita menua, permintaan bagi jagaan kesihatan juga akan meningkat secara berterusan. Namun, kami tekad untuk menanganinya dengan meningkatkan kapasiti jangka pendek dan sederhana, dan kemudian merekrut lebih ramai kakitangan bagi menyelia tambahan kapasiti itu dan memulakan satu rancangan besar-besaran berhubung jagaan pencegahan supaya penduduk kekal sihat," ujar Encik Ong.
Sumber : CNA/NY/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita