500 doktor GP jalani latihan untuk rawat pesakit mental
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Hampir 500 doktor keluarga sudah menjalani latihan untuk mendiagnos dan merawat pesakit mental.
Ini sedang Singapura berusaha membina rangkaian sokongan meluas dalam masyarakat.
Ia sebahagian daripada strategi nasional yang dilancarkan tahun lalu.
Untuk meningkatkan kesedaran, Persatuan Kesihatan Mental Singapura mengadakan pameran memaparkan karya seni 12 belia berkisarkan isu kesihatan mental.
Pusat yang terletak di estet perumahan Jalan Besar itu juga menyediakan pelbagai khidmat kesihatan mental.
Menjelang 2030, matlamatnya untuk mendapatkan semua doktor keluarga di bawah program jagaan pencegahan SG Lebih Sihat serta semua 26 poliklinik di Singapura untuk menyediakan khidmat kesihatan mental.
Warga emas yang berisiko mengalami kesihatan mental juga boleh mendapatkan sokongan daripada pasukan mendekati masyarakat.
Matlamatnya untuk meningkatkan jumlah pasukan itu daripada 75 kepada 90 pada 2030.
"Apabila pesakit dengan isu kesihatan mental datang untuk mendapatkan bantuan, mereka tidak merasakan stigma. Ini kerana semua yang datang ke klinik bertujuan melaporkan sakit, berbanding di Institut Kesihatan Mental," kata Dr Mark Yap dari Doktor Keluarga, Cashew Medical & Surgery.
"Apabila anda memberitahu pemandu teksi, bawa saya ke Institut Kesihatan Mental, serta merta anda akan terpalit dengan stigma kerana pemandu teksi mungkin bertanya, 'anda ada masalah mental?'" tambahnya.

Sumber : CNA/NY/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.