Skip to main content

Singapura

500,000 warga tua Generasi Merdeka terima surat kelayakan

Semua warga tua yang layak menerima Pakej Generasi Merdeka bakal menerima surat kelayakan mereka minggu ini, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) pada Khamis (2 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
500,000 warga tua Generasi Merdeka terima surat kelayakan

(Gambar hiasan: Justin Ong)

Diterbitkan : 02 May 2019 05:30PM Dikemas Kini : 02 May 2019 05:38PM

SINGAPURA: Semua warga tua yang layak menerima Pakej Generasi Merdeka bakal menerima surat kelayakan mereka minggu ini, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) pada Khamis (2 Mei).

MOH menyatakan sekitar 500,000 surat sudahpun dikirimkan sehingga hujung April lalu.

Pejabat Generasi Warga Emas memulakan usaha mendekati golongan Generasi Merdeka mengenai butiran pakej tersebut dan menghubungkan mereka kepada peluang-peluang menjadi relawan serta pembelajaran.

"Warga tua Generasi Merdeka boleh menjangkakan lawatan daripada Duta-Duta Generasi Warga Emas di rumah mereka, tempat kerja dan nadi masyarakat di mana mereka berkumpul - seperti pertubuhan-pertubuhan agama serta pusat-pusat penjaja," menurut MOH dalam kenyataan medianya.

Mereka akan menerima pakej pengenalan dan kad Generasi Merdeka mulai hujung bulan Jun ini.

Pakej Generasi Merdeka, diumumkan semasa Belanjawan 2019, bertujuan membantu menanampung kos jagaan kesihatan warga tua yang dilahirkan dalam tahun-tahun 1950-an.

Pakej itu dikhususkan bagi mereka yang lahir antara 1 Januari 1950 dengan 31 Disember 1959 dan menjadi rakyat Singapura sebelum 31 Disember 1996. Warga tua yang lahir sebelum 1950, menjadi rakyat Singapura sebelum 31 Disember 1996 dan tidak menerima Pakej Generasi Perintis juga layak bagi Pakej Generasi Merdeka.

Lebih banyak butiran mengenai Pakej Generasi Merdeka boleh didapati di laman www.merdekageneration.sg.

Warga tua Generasi Merdeka yang layak namun belum menerima surat mereka boleh menghubungi Agensi bagi Jagaan Bersepadu (AIC) di talian 1800-650-6060 untuk mendapatkan bantuan. 

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita