Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

50% teksi dan bas elektrik sepenuhnya jelang 2030

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 08 Mar 2022 07:27PM Dikemas Kini : 08 Mar 2022 08:58PM

SINGAPURA: Untuk mempercepatkan peralihan Singapura ke kenderaan-kenderaan elektrik, para penyedia pengangkutan awam utama komited untuk menyediakan sekurang-kurangnya separuh daripada jumlah kenderaan mereka, termasuk bas-bas awam dan teksi untuk menggunakan elektrik sepenuhnya, menjelang 2030.

Kementerian Pengangkutan (MOT) akan membenarkan kenderaan tersebut digunakan di jalan-jalan raya sehingga 10 tahun berbanding lapan tahun buat masa ini.

Bagi Singapura mencapai sasaran mengurangkan pelepasan karbon pengangkutan darat sehingga 80 peratus atau 6.16 juta tan, tenaga elektrik yang digunakan juga perlu lebih bersih.

Lantaran itu, lebih banyak panel suria akan dipasang di depot MRT dan bas, laluan pejalan kaki berbumbung serta jejantas.

Panel suria berkenaan akan dapat menjana tenaga elektrik yang cukup untuk mengecas sehingga 285 bas-bas elektrik satu tingkat selama setahun.

Menteri Pengangkutan, S Iswaran berkata, semua orang perlu memainkan peranan dalam usaha ini.

Sumber : CNA/SY/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan