Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

50 penunggang ditangkap guna PMD tanpa lulus ujian teori wajib

Lebih 50 penunggang e-basikal dan e-skuter ditangkap kerana menunggang tanpa lulus ujian teori wajib sejak peraturan itu dikuatkuasakan hampir dua minggu lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 13 Jan 2022 09:41PM Dikemas Kini : 13 Jan 2022 11:08PM

SINGAPURA: Lebih 50 penunggang e-basikal dan e-skuter ditangkap kerana menunggang tanpa lulus ujian teori wajib sejak peraturan itu dikuatkuasakan hampir dua minggu lalu.

Mereka perlu lulus ujian tersebut sebelum boleh menggunakan e-basikal dan e-skuter di laluan dan jalan raya.

Ujian teori tentang keselamatan itu boleh diambil secara online atau peribadi dengan yuran S$10 bagi setiap percubaan.

Mereka yang tiada kelulusan dalam ujian tersebut boleh didenda sehingga S$2,000 atau dipenjara enam bulan atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan pertama.

Para penunggang yang ditemui berkata ujian itu memastikan keselamatan semua orang.

"Mungkin dari segi dapat tahu yang kita gunakan PMD ini dengan selamat. Kadang-kadang kalau tidak ada lesen, orang boleh sesuka hati nak tunggang skuter elektrik ini," kata seorang pengguna PMD.

"Kepada semua yang sudah mengambil ujian teori itu, adalah manfaat bagi kita pada semua yang membawa e-basikal, PAB atau apa-apa pun," ujar seorang pengguna PMD yang lain.

Sumber : CNA/EM/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan