50 peniaga tempatan dan luar negara sertai sesi pertama Chamber Circle DPPMS; teroka peluang pasaran antarabangsa
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: DPPMS)
SINGAPURA: Seramai 50 peniaga tempatan dan luar negara menyertai sesi pertama inisiatif rangkaian baharu Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) yang dikenali sebagai Chamber Circle pada Rabu (22 Jan).
Antara tumpuan utama inisiatif itu adalah untuk memperluas peluang perniagaan Melayu/Islam ke pasaran Islam global yang lebih luas.
Sesi rangkaian yang berlangsung di Red Velvet Ballroom, Hotel Village itu melibatkan peniaga dari kalangan komuniti Arab dan Pakistan di Singapura serta luar negara.
Sesi rangkaian petang tadi yang diadakan di Red Velvet Ballroom, Hotel Village melibatkan para peniaga Arab dan Pakistan di Singapura serta di luar negara.
Ia turut melibatkan pelbagai sektor seperti tenaga manusia, minyak dan gas, logistik, serta runcit.
Presiden DPPMS, Encik Abu Bakar Mohd Nor, berkongsi bahawa pihaknya telah mengadakan lawatan ke kedutaan Pakistan dan pihak kedutaan menyambut baik cadangan dan rancangan untuk memperkukuh kerjasama antara peniaga kedua-dua negara.
"Inisiatif ini adalah sebahagian daripada usaha anggota DPPMS untuk melibatkan diri kepada lebih ramai perniagaan Muslim dan memperkenalkan mereka kepada rangkaian luas perkhidmatan kami.
“DPPMS komited untuk memastikan perniagaan, terutama perusahaan Melayu/Islam, dapat memanfaatkan peluang ini dan berkembang maju dalam persekitaran global yang kompetitif,” kata beliau.
Menurut DPPMS, rangkaian tersebut merupakan sebahagian daripada misinya untuk memupuk budaya keusahawanan yang dinamik dalam kalangan perniagaan Melayu/Islam.
Sesi tersebut direka untuk menangani cabaran dan peluang unik yang dihadapi oleh perniagaan-perniagaan tersebut.
Ia menyediakan ruang untuk membina kerjasama strategik, memanfaatkan pemahaman bersama dalam budaya dan perniagaan, serta kolaborasi dalam mencari penyelesaian inovatif.
Para peserta dapat berhubung dengan ahli lembaga DPPMS, pakar industri dan pemimpin perniagaan.
Salah seorang peserta acara sesi rangkaian itu, Encik Abdul Lateef Siddiqui berkata: "Pakistan ada banyak peluang untuk sektor pelancongan dan tenaga manusia. Industri teknologi maklumat di sana juga agak kukuh. Jadi saya percaya dengan peluang bekerjasama antara para peniaga Singapura dengan Pakistan."
"Saya sangat bersyukur DPPMS adakan sesi rangkaian sebegini. Kita tidak sepatutnya melakukan perniagaan secara bersendirian. Kita perlu berkongsi dan saling mengenali supaya setiap orang boleh merebut peluang untuk bekerjasama," kata Pengarah Pengurusan, syarikat Global Radiance Group of Companies yang berpangkalan di Singapura.
Pengasas syarikat Pearls of Orient, Cik Rina Harman pula berkata: "Saya rasa perkara paling ketara adalah DPPMS ingin para peniaga menjadi lebih proaktif. Kalau ada perniagaan kecil, kita perlu fikirkan bagaimana untuk bekerjasama dengan rakan-rakan kerja antarabangsa."
"Saya juga pernah menjalankan perniagaan kecil-kecilan dan banyak perniagaan sebegini yang tidak dapat bertahan kerana mereka tidak tahu apa yang perlu dijangkakan dalam industri perniagaan. Jadi dengan program-program mentor, membina rangkaian dan menjalinkan kerjasama dengan rakan-rakan luar negara, amat menggalakkan buat saya," kata beliau lagi.
Tiga lagi sesi rangkaian serupa akan diadakan sepanjang bulan depan.
Ia khusus untuk para peniaga makanan dan minuman (F&B), para usahawan muda serta para pemilik perniagaan India.

Sumber : BERITA Mediacorp/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.