Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

50% penduduk Melayu 'amat bimbang' dengan kedudukan kewangan keluarga di tengah pandemik

Kajian yang dijalankan oleh Sekolah Pengajian Antarabangsa S. Rajaratnam (RSIS) mendapati bahawa separuh daripada bilangan orang Melayu yang ditinjau berasa "amat bimbang" dengan keadaan kewangan keluarga mereka di tengah-tengah pandemik.

Anggaran Waktu Membaca:
50% penduduk Melayu 'amat bimbang' dengan kedudukan kewangan keluarga di tengah pandemik

(Gambar fail: Try Sutrisno Foo)

SINGAPURA: Kajian yang dijalankan oleh Sekolah Pengajian Antarabangsa S. Rajaratnam (RSIS) mendapati bahawa separuh daripada bilangan orang Melayu yang ditinjau berasa "amat bimbang" dengan keadaan kewangan keluarga mereka di tengah-tengah pandemik.

Kajian yang sama turut mendapati bahawa tempoh pemutus rantaian jangkitan COVID-19 pada tahun lalu meninggalkan kesan yang tidak sama rata antara keluarga, termasuk keluarga Melayu.

Demikian menurut Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Masagos Zulkifli dalam catatan Facebooknya pada Selasa (24 Ogos).

SOKONGAN DIBERIKAN

Walaupun berdepan masa yang sukar, Encik Masagos memuji sikap masyarakat Melayu yang tidak putus-putus saling membantu golongan yang memerlukan dan mengamalkan semangat gotong-royong dalam mengharungi krisis COVID-19.

Malah, menurut Encik Masagos, salah seorang penulis kajian berkenaan juga berkata terdapat sokongan berlebihan dalam kalangan masyarakat Melayu berbanding kaum-kaum lain.

"Saya terharu dengan pandangan Dr Daly, salah satu penulis kajian tersebut yang menyatakan bahawa terdapat sokongan yang berlebihan dalam kalangan masyarakat Melayu, jika dibandingkan dengan kaum lain. Ini amat memberangsangkan," kata Encik Masagos.

Selain daripada para individu, inisiatif M³ dan badan-badan Melayu/Islam (MMO) serta gerakan buruh NTUC turut menjalin kerjasama di bawah Pasukan Bertindak SGTeguhBersatu untuk mengukuhkan lagi sokongan yang dihulurkan kepada golongan yang memerlukan.

Menurut Encik Masagos, semangat kerjasama yang unik itu membolehkan pasukan bertindak tersebut untuk menghulurkan bantuan tepat kepada mereka yang lebih terjejas seperti para pemohon kerja, syarikat-syarikat, golongan asatizah dan keluarga-keluarga berpendapatan rendah.

"Bantuan segera yang dihulurkan rakan-rakan masyarakat juga menunjukkan contoh jati diri Masyarakat Gemilang kita iaitu Keperibadian, Kemahiran dan Kewarganegaraan," kata Encik Masagos.

Kerjasama antara Pemerintah dan badan-badan masyarakat pula akan terus kekal penting, sedang Singapura mengorak langkah sebagai negara berdaya tahan terhadap COVID-19, menurut Encik Masagos sebelum mengakhiri catatannya.

Sumber : BERITA Mediacorp/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan