Skip to main content

Singapura

50 penduduk dipindahkan susuli kebakaran flat Lorong 6 Toa Payoh

Kebakaran tercetus di sebuah flat HDB di Lorong 6 Toa Payoh pada Isnin malam (31 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
50 penduduk dipindahkan susuli kebakaran flat Lorong 6 Toa Payoh

Kebakaran tercetus di sebuah flat HDB di Lorong 6 Toa Payoh pada sebelah malam 31 Jan 2022. (Gambar: SCDF/Facebook)

Diterbitkan : 01 Feb 2022 03:50PM

SINGAPURA: Kebakaran tercetus di sebuah flat HDB di Lorong 6 Toa Payoh pada Isnin malam (31 Jan).

Kira-kira 50 orang, termasuk dua penghuni flat yang terjejas, dipindahkan.

Hasil siasatan awal menunjukkan kebakaran itu berpunca daripada kotak bateri sebuah basikal terbantu kuasa bateri atau PAB.

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dimaklumkan tentang kebakaran di tingkat sembilan itu sekitar pukul 10.25 malam.

Kebakaran tersebut menjejas barangan di koridor tempat simpan barang.

Kebakaran berjaya dipadamkan dengan menggunakan bebuih udara mampat dan pancutan air.

Dua orang yang terhidu asap enggan dihantar ke hospital.

Kejadian tersebut berlaku beberapa hari selepas tiga kebakaran berasingan tercetus di flat-flat HDB pada Jumaat dan Sabtu lalu.

Sumber : CNA/MU/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita