Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

50 penduduk Ang Mo Kio sertai acara berbasikal inisiatif Pelan Hijau CNA

Menunjukkan sifat baik budi dan menjaga keselamatan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 26 Feb 2022 08:28PM Dikemas Kini : 26 Feb 2022 09:39PM

SINGAPURA: Menunjukkan sifat baik budi dan menjaga keselamatan.

50 penduduk Ang Mo Kio berpeluang mempelajari ciri-ciri itu menerusi satu acara berbasikal sebagai sebahagian daripada inisiatif Pelan Hijau CNA.

Ang Mo Kio merupakan estet perumahan pertama di negara ini yang dijadikan bandar berbasikal dan berjalan untuk mengurangkan penggunaan kereta.

Laluan-laluan berbasikal sedemikian dijangka akan bertambah tiga kali ganda menjelang 2030 seiring dengan pelan kemampanan negara.

Di acara itu, Menteri Pengangkutan S Iswaran berkata maklum balas masyarakat adalah penting untuk memperbaiki laluan-laluan sedemikian pada masa depan.

Menjelang 2026, lapan daripada 10 penduduk di perumahan awam akan berada dalam jarak beberapa minit daripada sebuah laluan berbasikal.

Ini bagi mengurangkan pengeluaran asap kenderaan.

Sumber : CNA/NF/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan