Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

50 pemimpin akar umbi berbilang kaum dan agama sokong usaha TAA

Anggaran Waktu Membaca:
50 pemimpin akar umbi berbilang kaum dan agama sokong usaha TAA

Gambar: Facebook/ TAA Trust Fund

SINGAPURA: Seramai 50 pemimpin akar umbi berbilang kaum dan agama dari Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) Divisyen Yuhua disertai Menteri Kemampanan dan Sekitaran Grace Fu bertandang ke Tanjong Katong Complex pagi tadi (30 April) untuk memasukkan sumbangan ikhlas mereka ke dalam tabung derma Tabung Amal Aidilfitri di sana.

Ia bagi meraikan semangat kebersamaan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum dan agama untuk saling membantu mereka yang kurang bernasib baik sempena musim perayaan ini.

Kunjungan mereka kali ini juga amat bermakna kerana kali terakhir TAA menyambut kunjungan sedemikian adalah tiga tahun lalu iaitu pada 2019.

Cik Grace Fu yang juga adalah penasihat kepada Divisyen Yuhua di GRC Jurong berkata acara itu penuh bermakna bagi masyarakat lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan ini.

"Ia (sumbangan ini) adalah untuk membantu mereka dalam masyarakat. Kami bersama-sama dengan kawan-kawan Muslim kita dan seluruh masyarakat. Kami mewakili para penduduk Yuhua dan kami mahu turut serta dalam kerja amal ini. Amat penting, amat bermakna dan gembira sekali dapat melihat semua orang dalam masyarakat kembali menyertai acara ini. Saya berharap anda semua akan dapat meraikan Hari Raya yang sangat meriah," kata Cik Grace Fu.

Dalam kemeriahan menyambut Lebaran tanpa jumlah tetamu dihadkan kali ini, Cik Grace Fu juga mengingatkan mereka yang hadir supaya terus berwaspada dan berhati-hati.

Selain itu, beliau turut mengingatkan supaya mengurangkan pengambilan manis-manisan serta garam dan gula pada musim perayaan ini.

Sumber : BERITA Mediacorp/IZ/kf
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan