50 pemandu sewa privet sertai ceramah kesihatan, kenali tanda penyakit kencing manis
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Sekitar 50 pemandu sewa privet (PHV) menerima sokongan kesihatan melalui siri ceramah dan saringan kesihatan yang diadakan buat julung-julung kalinya untuk mereka.
Dianjurkan bersama oleh M³@Toa Payoh, pertubuhan-pertubuhan akar umbi Bishan-Toa Payoh (GRO) dan NHG Health, sesi ceramah kesihatan yang diadakan pada Isnin (2 Feb) memberi penekanan terhadap penyakit kencing manis.
Penasihat GRO tersebut, Encik Saktiandi Supaat menerangkan bahawa menerusi sesi-sesi bertemu penduduk, beliau mendapati bahawa ada sebilangan penduduknya yang menghidapi penyakit kencing manis, pada usia yang agak muda.
Encik Saktiandi berkata: "Mereka juga para pekerja platform. Baru-baru ini, seorang pekerja muda ini, pekerjaannya terjejas kerana menghidap kencing manis. Beliau mempunyai keluarga dengan anak-anak muda. Saya rasa kita perlu buat banyak sokongan untuk para pekerja platform kita."

Beliau menegaskan bahawa para pemandu sewa privet memainkan peranan yang penting dalam masyarakat tempatan.
Namun, dengan waktu bekerja yang panjang, golongan tersebut menurut beliau, mungkin banyak yang mengabaikan kesihatan mereka.
KENALI SIMPTOM PENYAKIT KENCING MANIS, LAKUKAN SARINGAN KESIHATAN
Selama sejam, para pemandu yang hadir antara lain dapat memahami cara-cara mengenal pasti simptom-simptom penyakit kencing manis, serta cara mengurus paras gula masing-masing.
Para penasihat kesihatan dari NHG juga berkongsi tentang tabiat-tabiat baik yang boleh mereka amalkan sewaktu bekerja.

Encik Ishafizan Buang antara para pemandu yang meraih manfaat ilmu kesihatan di sesi tersebut.
Beliau yang sudah 10 tahun bekerja sebagai pemandu sewa privet berkata: "Diet penting juga, kalau kita makan banyak, nanti terlalu kenyang, dan rasa penat, nak balik. Nak kerja lama pun tidak boleh. Kalau diet baik, kalau puasa pun, kalau kita tidak kenyang sangat, lebih selesa. Makanan pun jangan berminyak sangat."
Beliau turun padang ke sesi itu kerana bimbang menghidap penyakit kencing manis.
Manakan tidak, kedua-dua ibu bapanya adalah penghidap penyakit itu.
"Umur saya sudah 47 tahun, saya nak tahu tentang kesihatan. Saya nak tahu juga jangka panjang bagaimana. Sebab saya pun bekerja tempoh yang panjang, jadi pada saya penyakit kencing manis ini penting untuk kita tahu."
"Kalau kita ada penyakit ini, mungkin kita cepat penat, mata rabun, tak nampak. Kita kerja 2 hingga 3 jam sudah penat. Tapi bila kita rasa macam kita sihat, kita boleh bekerja lama sedikit,"
Encik Ishafizan memanfaatkan khidmat saringan kesihatan di sesi tersebut, termasuk menguji kadar gula dan juga tekanan darah.
Mujur bagi dirinya, kedua-duanya masih di kadar yang tidak membimbangkan baginya.
Seorang lagi pemandu yang hadir di sesi itu ialah Cik Isdilinah Buang, 53 tahun.
Beliau berkata bahawa memang sukar untuk menjaga kesihatan, terutama sekali untuk dirinya yang kadang kala bekerja sekitar 16 jam sehari memandu kereta.
"Umur kita semakin meningkat. Dahulu saya sihat sangat. Tetapi, hari ini, saya ingin periksa kesihatan diri. Mereka kata semuanya masih baik, tekanan darah baik, gula dalam darah pun baik, jadi masih terkawal," ujar Cik Isdilinah.
Berkongsi kepada para wartawan antara tabiatnya menjaga kesihatan meskipun bekerja sepanjang hari, Cik Isdilinah berkata: "Kita perlu ambil masa rehat juga, Setiap empat jam mungkin berehat. Kita pun di dalam kereta mesti ada air putih, saya pun minum teh Cina. Kalau rasa tidak boleh kawal dan penat, perlu berhenti. Kalau tidak nanti pening."
Para penganjur menyasarkan untuk mengadakan sesi-sesi ceramah kesihatan seterusnya selepas bulan Ramadan nanti.
Antara topik utama yang ingin mereka kongsikan kepada para peserta termasuk tentang cara-cara mengelak daripada kolesterol tinggi.

Sumber : BERITA Mediacorp/hk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.