50 pelumba bersaing di ekobandar pertama S'pura bagi fahami ciri kemampanan estet
Ia adalah sebahagian siri Pelan Hijau CNA untuk mewujudkan masa depan yang mampan.

Salah seorang pelumba di Punggol bagi siri CNA Green Plan.
SINGAPURA: 50 pelumba bersaing di ekobandar pertama Singapura untuk lebih memahami ciri-ciri kemampanan di estet perumahan itu.
Ia adalah sebahagian siri Pelan Hijau CNA untuk mewujudkan masa depan yang mampan.
Oasis Terraces di Punggol dan kebun di bumbung bangunan itu menjadi tempat perhentian pertama mereka.
Para peserta perlu mengenal pasti ciri-ciri kemampanan seperti panel suria serta beberapa jenis pokok seperti mulberi dan labu.
Para jurulatih Rakan Rangkaian Estet Kejiranan Kami juga berada di setiap tempat perhentian bagi membimbing para peserta.
Di tempat perhentian kedua pula, para peserta belajar tentang peranan pokok bakau yang memperbaiki mutu air sehingga 30 peratus.
Tujuan acara ini adalah untuk menjadikan setiap estet perumahan lebih mesra alam seperti di Punggol selain menggalakkan setiap isi rumah memainkan peranan yang mudah untuk kesejahteraan alam.
Menteri Negara Kanan Perhubungan dan Penerangan Janil Puthucheary berkata: "Kita perlu berusaha mengurangkan jumlah penggunaan elektrik, air serta makanan yang dibuang. Cara pertama adalah dengan mengurangkan jumlah yang kita gunakan.
"Terdapat juga peluang untuk selalu mengitar semula dan menukar semula fungsi barangan penting serta memasukkannya semula ke dalam ekonomi kita."
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.