Skip to main content

Singapura

50% pekerja SG akan berhenti kerja jika diminta kembali ke pejabat lebih kerap: Tinjauan

Separuh daripada pekerja di Singapura berkata dalam tinjauan hujung tahun lalu bahawa mereka akan meninggalkan pekerjaan yang memerlukan mereka bekerja di pejabat lebih kerap, dengan pekerja golongan Gen Z paling berkemungkinan merasakan sedemikian.

Anggaran Waktu Membaca:
50% pekerja SG akan berhenti kerja jika diminta kembali ke pejabat lebih kerap: Tinjauan
Diterbitkan : 23 Apr 2024 09:36PM Dikemas Kini : 23 Apr 2024 10:11PM
SINGAPURA: Separuh daripada pekerja di Singapura berkata dalam tinjauan hujung tahun lalu bahawa mereka akan meninggalkan pekerjaan yang memerlukan mereka bekerja di pejabat lebih kerap, dengan pekerja golongan Gen Z paling berkemungkinan merasakan sedemikian.

Dua pertiga responden tinjauan itu juga komited kepada pilihan hidup yang penting, seperti berpindah rumah, dengan jangkaan bahawa mereka dapat meneruskan aturan kerja fleksibel selepas pandemik.

Hasil tinjauan dua kali setahun oleh Randstad, sebuah agensi huraian sumber manusia diterbitkan pada Isnin (22 Apr).

Sekitar 760 pekerja berpangkalan di Singapura dan pemohon kerja yang berusia antara 18 dengan 67 tahun mengambil bahagian dalam tinjauan yang dijalankan antara Oktober dengan November tahun lalu.

Satu lagi dapatan penting daripada tinjauan itu ialah lebih ramai responden mengutamakan keseimbangan kerja-kehidupan berbanding gaji, walaupun inflasi dan peningkatan kos sara hidup terus menjadi kebimbangan.

Aturan kerja fleksibel menjadi isu hangat di negara ini selepas pemerintah mengumumkan minggu lalu bahawa semua majikan mesti mempunyai proses untuk membolehkan pekerja membuat permohonan rasmi bagi aturan kerja fleksibel mulai Disember. Garis panduan perikatan tiga pihak yang baharu itu akan berkuat kuasa selepas itu.

Pemerintah juga telah menekankan keperluan untuk aturan kerja fleksibel disebabkan oleh pasaran buruh Singapura yang ketat dan tenaga kerja yang semakin menua, terutamanya dengan lebih ramai orang turut memainkan peranan sebagai penjaga di rumah.


HASIL TINJAUAN

Berdasarkan tinjauan Randstad, 49 peratus responden berkata mereka akan meninggalkan pekerjaan yang memerlukan mereka meluangkan lebih banyak masa di pejabat. Hampir 70 peratus responden Gen Z bersetuju dengan kenyataan ini.

Sebahagian besar pekerja Gen Z juga berkata mereka tidak akan bekerja untuk syarikat-syarikat yang tidak menyediakan jadual kerja yang fleksibel – 68 peratus – serta lokasi – 61 peratus.

Seramai 42 peratus responden berkata mereka tidak akan menerima pekerjaan yang terlalu tidak fleksibel.

Namun, 67 peratus melaporkan bahawa majikan mereka menjadi lebih tegas tentang bekerja di pejabat. Gen Z dan golongan Milenial merasakan ini dengan lebih teruk, dengan 74 peratus dan 72 peratus masing-masing mengatakan demikian.

Golongan Gen Z (74 peratus) dan milennial (72 peratus) merasakan hal demikian dengan lebih ketara.

Dalam kalangan responden, 26 peratus sudah meletak jawatan kerana pekerjaan mereka kurang fleksibel.

Keseimbangan antara pekerjaan dan kehidupan juga menjadi keutamaan yang lebih penting bagi para pekerja. 95 peratus responden berkata keseimbangan ini penting untuk pekerjaan masa kini dan pada masa akan datang, berbanding 90 peratus yang menyatakan gaji lebih penting.

Pengarah Urusan Pengambilan Pekerja Tetap Randstad, Cik Jaya Dass memberitahu Mediacorp bahawa pertubuhan-pertubuhan mesti melengkapi para pengurus barisan pertengahan dengan keupayaan untuk lebih memahami bentuk kerja yang fleksibel, dan menghulurkan sokongan kepada pasukan mereka.

"(Para pekerja) mahukan pertumbuhan dan perkembangan daripada kemajuan dalam kerjaya mereka," katanya.

Cik Archana Srinivasan dari Institut Karyawan Sumber Manusia menarik perhatian bahawa pandemik COVID-19 telah mengubah bagaimana aturan kerja fleksibel ditawarkan.

Mereka yang tergolong dalam Gen Z menjangkakannya memandangkan mereka mungkin telah menghabiskan sebahagian besar kehidupan kerja mereka pascapandemik.
Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita