50 pekerja hijrahan pertubuhan HOME iftar bersama
Anggaran Waktu Membaca:
Sekitar 50 pekerja hijrahan beriftar bersama-sama di restoran The Malayan Council di Winstedt Rd pada 27 Mac 2024. (Gambar: HOME)
SINGAPURA: Sekitar 50 pekerja hijrahan dari Pertubuhan Kemanusiaan Bagi Ekonomi Buruh Hijrahan (HOME) dapat beriftar bersama-sama di restoran The Malayan Council di Winstedt Rd malam ini tadi (27 Mac).
Ia merupakan usaha pihak HOME untuk memberikan sokongan, harapan, dan menunjukkan semangat perpaduan untuk semua para pekerja hijrahan yang menyambut bulan suci Ramadan jauh daripada keluarga dan orang tersayang.
Anggota Lembaga Pengarah HOME, Linda Maarof berkata: “Bulan Ramadan adalah amat bermakna buat seluruh Muslim sedunia. Matlamat kami khusus memberi sokongan kerohanian, memupuk sinar harapan dan perpaduan bagi para pekerja hijrahan ini yang merantau jauh mencari rezeki di Singapura.”
“Kami ingin bersama meraikan bulan suci Ramadan bersama mereka agar tidak terkesan berjauhan dengan sanak saudara,” tambah beliau lagi.
Cik Linda juga berkata pertubuhan itu berharap dapat memupuk sifat kemasyarakatan dan memberi ruang kepada pekerja hijrahan di Singapura untuk menikmati semangat gotong-royong, menjalin semangat kebersamaan sambil menikmati juadah berbuka yang disediakan.
SYUKUR DAPAT IFTAR BERSAMA PEKERJA HIJRAHAN LAIN
Juadah iftar yang disediakan secara buffet ditaja The Malayan Council dan POS T.K.I.
Pengarah Pengurusan syarikat itu, Sheikhah Mumtaz Sheikh Mustafa berkata: “Ramadan adalah bulan yang dinanti-nantikan bagi seluruh umat Islam, termasuk pembantu rumah hijrahan yang berjauhan dari keluarga. Usaha iftar (ini) adalah cara kami menghargai pengorbanan yang mereka lakukan.”
“Pasti mereka rindu berbuka puasa dengan keluarga masing-masing. Dengan inisiatif sebegini, kami harap sedikit sebanyak dapat menceriakan Ramadan mereka,” tambah beliau.
Seorang pekerja hijrahan, 'Rahman' (bukan nama sebenar), yang sudah 13 tahun bertugas dalam sektor pembinaan berkata: “Terima kasih kerana menganjurkan acara iftar ini. Kita sangat gembira telah diundang. Tempat ini sangat cantik dan kami semua rasa gembira dapat berbuka puasa bersama.”
Pembantu rumah hijrahan 'Fatma' (bukan nama sebenar), pula berkata: “Terima kasih kepada HOME, The Malayan Council dan POS TKI kerana memberikan kami pengalaman yang tidak boleh dilupakan ini. Kami sebagai pekerja hijrahan sangat merindui keluarga kami semasa perayaan ini.
“Saya sangat gembira dapat berbuka puasa bersama rakan-rakan pekerja hijrahan sebagai satu keluarga,” tambah beliau yang sudah 16 tahun bekerja di sini.
HOME memberi sokongan kepada para pekerja hijrahan yang mengalami penderaan dan eksploitasi.
Ia menyediakan campur tangan segera serta sokongan jangka panjang seperti program pendidikan dan latihan untuk meningkatkan kesejahteraan dan prospek pekerjaan pekerja hijrahan.

Sumber : BERITA Mediacorp/aq
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.