50 orang disiasat susulan serbuan berbilang agensi di Geylang
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Pasukan Polis Singapura
SINGAPURA: Seramai 50 orang - yang terdiri daripada 47 lelaki dan tiga wanita berusia antara 21 hingga 73 tahun - sedang disiasat atas beberapa kesalahan selepas operasi penguatkuasaan dijalankan di kawasan Geylang.
Demikian menurut polis dalam kenyataan medianya pada Isnin (23 Okt).
Serbuan berbilang agensi yang dijalankan selama 11 hari, berlangsung antara 29 September hingga 9 Oktober. Ia dipimpin oleh Polis Divisyen Bedok.
Dalam satu operasinya menentang perjudian haram, pegawai dari Pasukan Polis Singapura dan Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) menyerbu sebuah unit bangunan perindustrian di Sims Avenue.
Dua puluh empat lelaki dan seorang wanita kini sedang disiasat di bawah Akta Kawalan Perjudian, dan wang tunai bernilai lebih S$4,000 dan peralatan perjudian dirampas.
Mereka yang didapati bersalah berjudi dengan orang lain di tempat yang menyalahi undang-undang, boleh didenda sehingga S$10,000, dipenjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya sekali. Jika didapati bersalah mengendalikan pertaruhan, permainan atau loteri yang menyalahi undang-undang, pesalah boleh didenda sehingga S$200,000 dan dipenjara sehingga lima tahun.
PRODUK PENINGKATAN SEKS
Sementara itu, siri operasi selama tiga hari di Lorong 20 dan Lorong 22 di Geylang yang dijalankan para pegawai daripada Penguasa Sains Kesihatan(HSA), ICA dan Biro Narkotik Pusat (CNB) membawa kepada rampasan sirap batuk, ubat-ubatan peningkatan seksual dan makanan tambahan haram lain, yang dianggarkan bernilai S$11,000.
Dua lelaki disiasat atas kesalahan mengimport, membuat dan/atau membekalkan produk kesihatan yang tidak berdaftar. Jika didapati bersalah, mereka boleh dipenjara sehingga dua tahun, didenda sehingga S$50,000 atau kedua-duanya sekali.
Polis turut menyerbu sebuah pusat urut di Geylang Road, dan memberkas seorang wanita berusia 48 tahun atas kesalahan berkaitan maksiat. Seorang lagi wanita berusia 67 tahun disiasat atas kesalahan di bawah Akta Pertubuhan Urut.
Di bawah Piagam Wanita, mereka yang didapati bersalah melakukan kesalahan berkaitan dengan pelacuran, boleh berdepan dengan hukuman penjara selama tujuh tahun dan didenda sehingga S$100,000. Jika didapati bersalah menyewakan premis bagi kegiatan maksiat, mereka berdepan denda sehingga S$100,000, penjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya sekali.
KEGIATAN HARAM
Pegawai daripada Jabatan Siasatan Jenayah dan Divisyen Polis Bedok juga memberkas dua lelaki, berusia 23 dan 38 tahun, di pusat hiburan awam di Geylang Road dan Lorong Geylang.
Jika didapati bersalah menjadi anggota sebuah pertubuhan haram, mereka boleh didenda tidak melebihi S$5,000, dipenjara sehingga tiga tahun, atau kedua-duanya sekali.
Lapan lelaki dan seorang wanita juga ditahan selepas operasi dijalankan di Geylang oleh Penguasa Pengangkutan Darat(LTA).
Ia membabitkan kenderaan mobiliti peribadi yang diubah suai secara haram dan basikal bantuan berkuasa bateri.
Dua daripada basikal berkenaan dirampas dan suspek disiasat atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Mobiliti Aktif. Jika didapati bersalah mengubah suai kenderaan mereka secara haram, mereka boleh didenda sehingga S$5,000, dipenjara sehingga tiga bulan, atau kedua-duanya sekali.
Operasi penguatkuasaan terakhir dijalankan oleh pegawai Kastam Singapura pada 9 Okt. Sepuluh lelaki telah disaman dengan jumlah komposisi dan notis amaran kerana memiliki rokok belum dibayar cukai.
16 paket dan 72 batang rokok yang tidak dibayar cukai, dirampas secara keseluruhannya.
Jika didapati bersalah memiliki barangan tanpa membayar cukai, pesalah boleh didenda sehingga 40 kali ganda jumlah duti dan cukai barangan dan perkhidmatan yang dielakkan, dipenjara sehingga enam tahun atau kedua-duanya sekali.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.