50 orang dipindahkan setelah kebakaran tercetus di Tanjong Pagar Plaza
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Sekitar 50 orang dipindahkan daripada Tanjong Pagar Plaza pada Jumaat (30 Jun) setelah kebakaran berlaku di sebuah flat di sana.
Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dimaklumkan mengenai kebakaran yang terjadi di Blok 4 Tanjong Pagar Plaza pada kira-kira pukul 2.15 petang. Pegawai bomba berjaya memadamkan kebakaran tersebut dengan jet air.
"Kebakaran tersebut melibatkan kandungan dalam sesebuah bilik di dalam unit di tingkat lima itu," menurut SCDF.
Polis dan SCDF membantu memindahkan sekitar 50 orang daripada premis yang terjejas itu. Tiada laporan mengenai sebarang kecederaan.
Punca kebakaran tersebut bagaimanapun sedang disiasat.

Sementara itu, seorang penduduk di blok bersebelahan memberitahu Mediacorp bahawa skala kebakaran tersebut "sangat besar" dan anggota bomba tiba di tempat kejadian dengan pantas.
Beliau juga dilaporkan "mendengar bunyi besi" dan mengesan "bau kimia" sebelum kebakaran tersebut meletus. Beliau lalu memeriksa jika bloknya itu dijilat api.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.