50 lori sudah pasang alat had kelajuan sejak skim dimulakan; TP bimbang kadar pemasangan rendah
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: CNA)
SINGAPURA: Setakat akhir 2024, hanya sekitar 50 lori dengan berat muatan maksimum antara 3,500
kilogram (kg) dan 12,000kg sudah memasang alat pengehad kelajuan yang diwajibkan.
Menteri Ehwal dalam Negeri K Shanmugam dalam jawapan bertulis parlimen pada Selasa (7 Jan) berkata polis trafik (TP) memulakan pemasangan wajib alat pengehad kelajuan bagi lori sedemikian pada Januari 2024.
Alat itu memastikan lori tidak melebihi had kelajuan 60 kilometer sejam.
Setahun sudah berlalu dan "TP bimbang dengan kadar pemasangan yang rendah," kata Encik Shanmugam.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan oleh Anggota Parlimen (AP) Louis Ng (PAP-Nee Soon) mengenani peratusan lori yang sudah mematuhi arahan memasang alat pengehad kelajuan yang diwajibkan itu.
Menurut Encik Shanmugam, TP sedang bekerjasama dengan pengedar kenderaan yang disahkan, Persatuan Pedagang Motor Singapura (MTA) dan pusat pemeriksaan kenderaan untuk menggalakkan pemilik lori supaya memasang alat pengehad kelajuan dengan lebih cepat, seperti ketika kenderaan mereka dihantar semasa kerja-kerja penyenggaraan biasa.
Tambah beliau, TP juga sudah mula menghantar SMS untuk mengingatkan pemilik lori dan akan terus melakukannya secara berkala.
"Lori lebih lama perlu memasangnya lebih awal, dengan lori lebih berat perlu memasangnya menjelang 1 Jan 2026, dan lori lebih ringan menjelang 1 Julai 2026."
Lori lebih baharu mempunyai tempoh sehingga 2027 untuk memasangnya kerana alat pengehad kelajuan untuk kenderaan sedemikian tidak disediakan sebelum ini.
Tindakan akan diambil terhadap lori yang layak memasang alat pengehad kelajuan namun tidak mematuhi tarikh akhir pemasangan. Ia termasuk gagal pemeriksaan kenderaan.

LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.