Skip to main content

Singapura

50 lif digantikan di bawah Program Penggantian Lif Majlis Bandaran Sembawang

Sebanyak 50 lif di bawah Program Penggantian Lif Majlis Bandaran Sembawang sudah dipasang.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 27 Jan 2019 06:04PM Dikemas Kini : 27 Jan 2019 09:35PM

SINGAPURA: Sebanyak 50 lif di bawah Program Penggantian Lif Majlis Bandaran Sembawang sudah dipasang.

Lagi 56 lif akan diganti oleh majlis bandaran tersebut kelak, membawa jumlah lif di bawah program itu kepada 336 kesemuanya.

GRC itu mengendalikan sekitar 1,700 lif di estet tersebut.

Majlis Bandaran itu juga menyatakan, ia akan menjimatkan sekurang-kurangnya tiga juta dolar kerana pihak diberi tender menggantikan lif turut dipertanggunjawabkan menyenggaranya.

Penggantian 50 lif itu menandakan selesainya fasa pertama program tersebut.

15,260 rumah di Woodlands, Sembawang dan Admiralty akan meraih manfaat daripada lif-lif yang lebih laju, dingin dan mesra kerusi roda apabila kesemua 336 lif digantikan menjelang 2021.

Jumlah ini membentuk hampir separuh daripada lif di estet itu yang kini berusia lebih 20 tahun.

Ini adalah kali pertama kerja-kerja penggantian lif dijalankan lebih awal daripada yang ditetapkan pada skala sebegitu besar kerana lif-lif biasanya digantikan setiap 28 tahun.

Majlis Bandaran Sembawang akan membiayai kos sebanyak $41 juta dolar menerusi dana penggantian lif.  

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita