50 kotak mercun 'pop pop' dirampas di Pusat Pemeriksaan Tuas
50 kotak mercun "pop pop" dirampas di Pusat Pemeriksaan Tuas selepas seorang lelaki cuba membawanya masuk ke Singapura.
Mercun 'Pop Pop'. (Gambar: ICA)
SINGAPURA: 50 kotak mercun "pop pop" dirampas di Pusat Pemeriksaan Tuas selepas seorang lelaki cuba membawanya masuk ke Singapura.
Mercun-mercun itu ditemui dalam bagasi lelaki Singapura itu, menurut Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) dalam catatan Facebooknya.
Barang-barang itu dirampas polis pada Isnin (21 Jan) dan siasatan sedang dijalankan.
Mercun tidak dibenarkan di Singapura di bawah Akta Mercun Berbahaya. "Para pelancong diingatkan supaya jangan membawa masuk barang-barang yang diharamkan," menurut ICA.
Penggunaan mercun di Singapura pertama kali dikawal pada 1969 di mana mercun dibakar sempena sambutan Tahun Baru Cina dan ia menjadi satu isu serius, yang menyebabkan kebakaran bagi sesetengah kes.
Pada 1972, larangan sepenuhnya bagi penggunaan mercun dikuatkuasakan di bawah Akta Mercun Berbahaya. Pengecualian diberikan bagi beberapa acara yang mana langkah-langkah keselamatan dijalankan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.