Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

50% belia S'pura keberatan minta bantuan tangani masalah kesihatan mental

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Sekitar separuh belia Singapura keberatan untuk meminta bantuan bagi menangani masalah kesihatan mental.

Demikian hasil tinjauan sayap belia Parti Tindakan Rakyat, PAP melibatkan lebih 600 peserta.

Separuh belia yang ditinjau juga berkata, mereka berdepan dengan cabaran kesihatan mental.

Nisbahnya adalah setiap dua daripada lima orang, apabila mengambil kira peserta dalam semua golongan usia.

Secara keseluruhan, 80 peratus responden mengenali seseorang yang mengalami isu kesihatan mental.

Lebih 70 peratus pula berasa tidak berdaya untuk membantu atau menyokong seseorang yang berdepan dengan masalah kesihatan mental.

Berdasarkan perangkaan itulah PAP melancarkan inisiatif BetterTogether.

Tujuannya untuk meningkatkan kesedaran dan tindakan bagi kesihatan mental.

Ia akan mendampingi kumpulan-kumpulan sokongan serta mengumpulkan maklum balas menerusi dialog dan sesi perbincangan.

Keprihatinan dan saranan akar umbi akan dipertimbangkan bagi pindaan undang-undang dan perubahan dasar.

"Kita mahu memulakan beberapa program di mana kita dapat memberi anak-anak kita sedikit sebanyak pendidikan tentang isu-isu kesihatan mental, di mana mereka dapat menggunakan ilmu ini untuk menolong rakan-rakan mereka dan kawan-kawan mereka yang ada di sekolah.
Kita dapat memberi mereka sedikit sebanyak cara-cara untuk menolong mereka dan cara-cara menolong keluarga mereka. Dan dengan itu, kita dapat membina satu masyarakat yang lebih prihatin di Singapura ini," ujar Dr Wan Rizal.

Sumber : BERITA Mediacorp/ZM/kf
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan