Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

50 belia berbilang agama sertai wacana Masjid Al-Falah; bincang stereotaip kaum, agama

Anggaran Waktu Membaca:
50 belia berbilang agama sertai wacana Masjid Al-Falah; bincang stereotaip kaum, agama

(Gambar: Facebook/Masjid Al-Falah)

Diterbitkan : 04 Nov 2022 09:33PM Dikemas Kini : 04 Nov 2022 09:35PM
SINGAPURA: Sekitar 50 belia berbilang agama mengambil bahagian dalam sebuah wacana sivik berhubung isu-isu silang agama dan kehidupan masyarakat majmuk pada Ahad (30 Okt).

Acara anjuran Masjid Al-Falah itu sebahagian daripada usahanya untuk memupuk hubungan muhibah dan positif dalam kalangan penduduk dari pelbagai latar kaum serta agama.

Ini sejajar dengan cogan kata baru masjid tersebut, berbunyi "Bersama Menuju Kejayaan", sempena ulang tahunnya yang ke-35 tahun ini.

Semasa acara tersebut, para peserta - meliputi para pelajar dan golongan pekerja yang diundang dari Gereja St.
Bernadette, Moulmein-Cairnhill Harmony Circle serta masjid-masjid lain - saling berkongsi pengalaman peribadi mereka berdepan dengan stereotaip kaum mahupun agama dan bagaimana ia diatasi.

Bagi memudahkan wacana tentang silang agama dan kehidupan masyarakat majmuk, para peserta 'bermain' kad 'Diversity by Default' (DbD) oleh Smol Tok yang mengandungi soalan-soalan untuk menggalak
perbualan lebih bermakna lagi mendalam sekitar isu tersebut.

Cara itu menyuntik keseronokan dalam kalangan para peserta sedang mereka saling bertukar pandangan berhubung isu-isu yang diketengahkan. Di samping itu, ia sekali gus mencetuskan rasa ingin tahu dalam kalangan para peserta dalam sebuah ruang yang selamat.

Menurut Pengerusi Masjid Al-Falah, Ustaz Khairul Anwar Mohd Aznan, DbD juga memudahkan para peserta berbincang secara terbuka dan lebih bersahaja serta memberi mereka peluang untuk menjelaskan sebarang salah tanggapan yang mungkin wujud antara satu sama lain.

Menteri Negara Kebudayaan, Masyarakat dan Belia merangkap Perdagangan dan Perusahaan Alvin Tan turut hadir di acara tersebut selaku tetamu terhormat.

Dalam mengalu-alukan acara seumpama itu, Encik Tan berkata perhatian yang penuh adalah hadiah terbaik yang boleh diberikan kepada seseorang.

Dengan memberikan perhatian sepenuhnya, terang Encik Tan, seseorang individu boleh bersikap lebih terbuka kepada orang lain.
 
Sumber : BERITA Mediacorp/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan