Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

50% banduan layak jalani program pemulihan & keluarga berdasarkan psikologi pada 2021

Anggaran Waktu Membaca:
50% banduan layak jalani program pemulihan & keluarga berdasarkan psikologi pada 2021

Seorang banduan sedang belajar di penjara ((Gambar: Perkhidmatan Penjara Singapura)

SINGAPURA: Sekitar 50 peratus jumlah banduan pada tahun 2021, layak untuk program pemulihan dan keluarga berdasarkan psikologi.

Namun, sekitar 5 peratus mungkin tidak dapat menyertai program berkenaan disebabkan isu mental atau kesihatan.

Semua banduan boleh mengikuti program-program tersebut menggunakan komputer tablet.

Menteri Negara Ehwal Dalam Negeri, Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim, memaklumkan di Parlimen bahawa 40 peratus banduan menyertai latihan kemahiran manakala 30 peratus mengikuti program pekerjaan.

Kadar penyertaan bagi program-program pendidikan lain dan agama adalah antara 5 peratus hingga 60 peratus, bergantung kepada keperluan dan kemahuan para banduan.

Prof Madya Faishal menambah meskipun pelbagai program disediakan, pemulihan dan menyepadukan semula para banduan juga bergantung besar kepada motivasi dan tekad mereka.

Sumber : CNA/RU/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan