50 anggota bomba dikerah padamkan kebakaran di Gul Drive
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Anggota bomba Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) memadamkan kebakaran di sebuah gudang di Gul Drive pada Sabtu (18 Jun).
SCDF dimaklumkan mengenai kebakaran di 23 Gul Drive sekitar pukul 8.25 pagi. Ia kemudian mengerahkan 13 kenderaan kecemasan dan sekitar 50 anggota bomba dari balai bomba Tuas, Jurong dan Pulau Jurong, serta Unit Penyelamat Khas.
Kebakaran tersebut melibatkan bahan sisa di dalam gudang berukuran 20 meter (m) kali 40 meter.
"Anggota bomba menggunakan beberapa jet air dan buih di sekitar premis untuk mengawal kebakaran dan mengelaknya daripada merebak," menurut SCDF dalam satu catatan Facebook pada Sabtu.
Api dapat dikawal dalam masa dua jam.
Operasi untuk mengawal saki baki kebakaran daripada menyala semula sedang dijalankan, menurut SCDF.
Tambahnya tiada kecederaan dilaporkan.
Punca kebakaran masih disiasat.

Sumber : CNA/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.