50 aduan pengguna dibuat terhadap firma e-dagang Mdada dalam 6 bulan
Anggaran Waktu Membaca:

Tangkapan skrin daripada laman Mdada
SINGAPURA: Persatuan Pengguna Singapura (CASE) sudah menerima 50 aduan terhadap firma e-dagang Mdada antara 1 Januari dengan 30 Jun 2023.
Ia secara umumnya dibuat oleh pengguna yang tidak menerima pesanan mereka dalam masa penghantaran yang dijanjikan.
Aduan lain juga termasuk penghantaran yang tidak lengkap, kelengahan dalam menerima bayaran balik bagi barangan yang tidak dihantar serta produk yang rosak sedikit atau salah.
Demikian menurut Presiden CASE Encik Melvin Yong dalam satu kenyataan pada Khamis (6 Jul).
"CASE sudah menulis kepada Mdada untuk meminta penyelesaian bagi aduan-aduan yang tertunggak," tambahnya.
Mdada, merupakan firma yang berpangkalan di Singapura dan diasaskan oleh pendandan rambut Addy Lee, pelakon Pornsak Prajakwit dan pelakon Michelle Chia menjelang September 2020.
Firma tersebut menawarkan aneka pilihan produk kecantikan dan gaya hidup, serta barangan mewah.
Menurut Encik Yong, sekurang-kurangnya empat pengguna belum lagi menerima pesanan atau bayaran balik setakat Selasa, meski Mdada memberi komitmen untuk menyelesaikan semua pesanan yang tergendala menjelang Jun.
"Jika Mdada tidak dapat memenuhi pesanannya yang tertunggak atau sekiranya pengguna yang terjejas enggan meneruskan pesanan mereka disebabkan kelengahan yang berlanjutan, mereka harus menguruskan bayaran balik itu dengan segera," katanya.
"Ia tidak adil untuk Mdada memegang wang pengguna bagi tempoh yang tidak pasti sekiranya mereka tidak dapat memenuhi pesanan itu."
Pada Rabu, syarikat tersebut memuat naik kenyataan memohon maaf di Facebook, sambil meminta para pengguna bersabar dengan mereka "buat seketika waktu" sedang mereka "menyelesaikan masalah awal".
Mdada menjelaskan bahawa ia sudah "memberi bayaran balik secara bertahap-tahap bagi pesanan yang kehabisan bekalan atau berdepan dengan kelewatan dalam penghantaran".
Ia mendedahkan bahawa penghantaran dari luar negara sedang dipercepatkan agar ia dapat dihantar kepada pelanggan sejurus ia tiba di Singapura.
"Disebabkan kekurangan tenaga kerja, waktu pemprosesan yang panjang diperlukan, (sekali gus) menjejas operasi kami," jelas firma tersebut. Ia bagaimanapun memberi jaminan bahawa ia akan memastikan perhubungan dengan pelanggan menerusi WhatsApp dipermudahkan seboleh mungkin, dengan memberi respons serta kemas kini dengan segera.
Mediacorp telah menghubungi Mdada untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Pelanggan yang terjejas boleh meminta bantuan daripada CASE menerusi lamannya atau talian 6277-5100.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.