Skip to main content

Singapura

5 'wira dalam senyap' diiktiraf

Lima individu diiktiraf atas sumbangan bakti mereka kepada masyarakat di majlis anugerah 'Silent Heroes' pada Sabtu (31 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 01 Sep 2019 09:34PM Dikemas Kini : 01 Sep 2019 10:44PM

SINGAPURA: Lima individu diiktiraf atas sumbangan bakti mereka kepada masyarakat di majlis anugerah 'Silent Heroes' pada Sabtu (31 Ogos).

Anugerah itu diberikan bagi menghargai wira-wira dalam kalangan warga biasa Singapura yang menabur khidmat kepada masyarakat.

Lima pemenang yang dipilih daripada 45 pencalonan keseluruhannya, menerima anugerah daripada Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Desmond Lee.

Dianjurkan setiap tahun oleh Persatuan Orang Awam Singapura (CAS), anugerah itu bertujuan mengiktiraf warga dan penduduk tetap Singapura yang meninggalkan kesan terhadap masyarakat.

Penerima Anugerah Kategori Belia Inspirasi, Aminur Rasyid Mohamed Anwar, menubuhkan syarikat teknologi pendidikan bagi mengajar kemahiran celik digital kepada golongan kanak-kanak kurang bernasib baik dan berisiko.

"Saya harap kami boleh memberi inspirasi kepada masyarakat untuk lebih bertimbang rasa kepada golongan yang kurang bernasib baik," kata beliau.

Sumber : BERITA Mediacorp/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita