5 terima Anugerah Guru Arif Budiman, sumbang pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu
Dua guru muda menerima AGAP Perangsang, anugerah bagi guru yang mempunyai kurang 10 tahun pengalaman.
BERITAMediacorp: Seramai lima guru Melayu dinobat sebagai penerima Anugerah Arif Budiman (AGAB) 2017 di majlis penyampaian di Hotel Grand Hyatt, hari ini (11 Nov).
Mereka menerima anugerah daripada Menteri Pendidikan Encik Ng Chee Meng.
Dua guru muda menerima AGAP Perangsang, anugerah bagi guru yang mempunyai kurang 10 tahun pengalaman.
"Anugerah ini akan menjadi pemangkin untuk saya dan juga untuk guru-guru lain supaya terus berusaha untuk terus melahirkan pelajar-pelajar yang bukan hanya fasih berbahasa dan juga yakin, berkeyakinan dan berfikiran kritikal," kata Cik Nurhiza Mohamed, guru Sekolah Rendah Cantonment.
Seorang lagi pemenang, Encik Mohd Jamalludin Mohd Affandi, guru dari Sekolah Chung Cheng High (Utama). Beliau berkata:"Penting bagi pelajar-pelajar bukan Melayu untuk memperkenali Bahasa Melayu kerana terutama sekali kerana Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan kita.
"Untuk bangsa Melayu kita sendiri, mereka harus memperkasakanlah bahasa kita kerana ini adalah bahasa ibunda dan juga bangsa kebangsaan kita."
Berpengalaman lebih dua dekad dalam bidang itu, Dr Mohd Pitchay Gani Mohd Abdul Aziz, menerima AGAB (Teladan).
Guru dari Institut Millennnia itu berkongsi pelajaran yang boleh ditimba golongan guru muda dalam perjuangan murni tersebut.
AGAP Teladan diberi kepada guru yang mempunyai lebih 10 tahun pengalaman.
"Saya galakkan para guru supaya agar terus menimba ilmu kerana perlu kita dengan keperluan semasa dengan zaman akan datang. Kerana pelajar yang kita dapat itu adalah pelajar yang berbeza mengikut zaman dan keadaan," jelas beliau.
Selain Dr Pitchay, dua lagi penerima Anugerah AGAP Teladan adalah Cik Fauziah Mohamed Ata dari Sekolah Rendah Endeavour dan Encik Djohan Abdul Rahman, dari Sekolah Menengah Bishan Park.
Lebih 400 pencalonan diterima tahun ini bagi seramai 112 guru.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.