Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

5 stesen MRT NSL ditutup hujung minggu Vesak bagi pembinaan stesen Canberra

Lima stesen MRT sepanjang Laluan Utara Selatan (NSL) akan ditutup tiga hari secara bertahap-tahap pada Mei bagi memberi laluan kepada pembinaan stesen baru Canberra, menurut kenyataan media Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) pada Isnin (8 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 08 Apr 2019 02:40PM Dikemas Kini : 08 Apr 2019 11:43PM

SINGAPURA: Lima stesen MRT sepanjang Laluan Utara Selatan (NSL) akan ditutup tiga hari secara bertahap-tahap pada Mei bagi memberi laluan kepada pembinaan stesen baru Canberra, menurut kenyataan media Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) pada Isnin (8 Apr).

Penutupan melibatkan stesen-stesen Admiralty, Sembawang, Yishun, Khatib dan Yio Chu Kang itu dijadual pada cuti hujung minggu panjang Hari Vesak antara 18 hingga 20 Mei.

Pada 18 dan 19 Mei, stesen-stesen Admiralty dan Sembawang akan ditutup bagi memudahkan kerja-kerja mengeluarkan landasan lama dan memasang landasan baru, menurut LTA.

Pada 20 Mei, kelima-lima stesen akan ditutup untuk ujian dan penyelenggaraan sofwe isyarat bagi landasan yang baru dipasang.

Khidmat kereta api dijangka beroperasi semula seperti biasa pada 21 Mei.

(Gambar: LTA)

Stesen Canberra akan menjadi stesen pertama di Singapura dengan tempat masuk di aras platform bagi kereta api yang menuju ke arah bandar.

LTA menyatakan dengan 75 peratus kerja pembinaannya sudah siap, langkah seterusnya adalah untuk menghubungkan landasan yang ada sekarang dengan stesen Canberra dengan landasan melintas sepanjang 72 meter.

Menurut LTA, ini "akan mengukuhkan kebingkasan Laluan Utara Selatan" dengan membolehkan kereta api untuk melintas dari satu landasan ke satu landasan lain.

"Jika terdapat kerosakan ke arah utara, kereta api terjejas boleh melepasi bahagian landasan yang bermasalah dengan melintas ke landasan arah selatan. Ini membolehkan khidmat kereta api di kedua-dua arah untuk terus beroperasi."

Semasa tempoh penutupan stesen-stesen tersebut, LTA akan menyediakan khidmat bas ulang alik antara stesen Woodlands dengan Yishun pada 18 dan 19 Mei dan antara stesen Woodlands dengan Ang Mo Kio pada 20 Mei.

Pada masa yang sama, khidmat bas ekspres akan disediakan antara setesen Woodlands dengan Bukit Panjang sepanjang tempoh tiga hari itu.

Stesen Canberra dijadual untuk mula beroperasi pada suku terakhir tahun ini, menurut LTA. 

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan