Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

5 sos, pes jenama Kwong Cheong Thye ditarik balik, mungkin kandungi bahan alahan

Agensi Makanan Singapura (SFA) mengarahkan Kwong Cheong Thye untuk menarik balik lima sos dan pes masakannya setelah produk tersebut didapati berpotensi mengandungi bahan alahan ikan yang tidak diisytiharkan.

Anggaran Waktu Membaca:
5 sos, pes jenama Kwong Cheong Thye ditarik balik, mungkin kandungi bahan alahan

(Gambar: SFA)

Diterbitkan : 21 Nov 2020 09:44PM Dikemas Kini : 21 Nov 2020 09:53PM

SINGAPURA: Agensi Makanan Singapura (SFA) mengarahkan Kwong Cheong Thye untuk menarik balik lima sos dan pes masakannya setelah produk tersebut didapati berpotensi mengandungi bahan alahan ikan yang tidak diisytiharkan.

Pusat Keselamatan Makanan dari Jabatan Kebersihan Makanan dan Alam Sekitar Hong Kong mengesan bahan alahan ikan dalam sampel Pes Sambal Belachan Cili Kwong Cheong Thye yang dihasilkan di Singapura, menurut SFA dalam satu kenyataan media pada Sabtu (21 Nov).

Bahan alahan itu tidak dinyatakan pada label produk.

Siasatan lebih lanjut oleh Kwong Cheong Thye menunjukkan bahawa empat produknya yang lain juga berpotensi mengandungi bahan alahan ikan kerana bahan berasaskan udang yang digunakan.

Produk yang terjejas adalah:

  • Pes Sambal Belachan Cili Kwong Cheong Thye dalam balang 230g dengan tarikh luput pada 5 Sep 2021; 8 Nov 2021; 4 Feb 2022; 30 Mac 2022; dan 8 Apr 2022
  • Kwong Cheong Thye Crispy Chilli dalam balang 230g dengan tarikh luput pada 16 Mei 2021; 29 Dis 2021; 11 Dis 2021; 28 Jan 2022; 10 Feb 2022; 19 Feb 2022; 15 Apr 2022
  • Sos Ketam Cili Kwong Cheong Thye dalam paket 300g dan 1kg, untuk semua tarikh luput
  • Pes Laksa Kwong Cheong Thye dalam paket 200g dengan tarikh luput pada 23 Jul 2021; dan paket 1kg dengan tarikh luput 10 Sep 2021, dan 3 Jul 2021
  • Kwong Cheong Thye Premium Chilli King dalam balang 230g dengan tarikh luput pada 11 Nov 2021 dan 29 Jan 2022

"Di bawah Penjualan Makanan (Peraturan Makanan), produk makanan yang mengandung bahan-bahan yang diketahui menyebabkan hipersensitiviti harus diisytihar pada label bungkusan makanan untuk menjaga kesihatan masyarakat," kata SFA.

Pengguna yang membeli produk yang terjejas dan alah kepada ikan tidak boleh memakannya, tambah agensi itu.

"Kehadiran bahan alahan ikan tidak menimbulkan masalah keselamatan makanan kepada pengguna pada umumnya, kecuali bagi mereka yang mempunyai alahan terhadap ikan," kata SFA.

"Pengguna yang telah membeli produk yang terjejas, dan mempunyai alahan terhadap ikan, boleh menghubungi kedai pembelian mereka untuk membuat pertanyaan."

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan