5 remaja diberkas kerana ceroboh kawasan IKEA Tampines
Lima remaja yang berusia antara 16 hingga 18 tahun diberkas kerana menceroboh kawasan IKEA Tampines pada awal pagi Ahad (31 Mac).
Gambar IKEA Tampines.
SINGAPURA: Lima remaja, yang berusia antara 16 hingga 18 tahun, diberkas kerana menceroboh kawasan IKEA Tampines pada awal pagi Ahad (31 Mac).
Menurut kenyataan media polis, pihaknya dimaklumkan mengenai kes menceroboh kawasan di 60 Tampines North Drive, iaitu di mana terletaknya pusat beli-belah IKEA, pada sekitar 12.50 pagi.
"Siasatan awal menunjukkan bahawa remaja-remaja itu sedang bersembunyi di dalam bangunan tersebut dan mereka berada di sana selepas waktu operasi," menurut kenyataan tersebut.
Para pegawai Divisyen Polis Bedok mengesan kelima-lima remaja itu dan memberkas mereka.
Sesiapa yang didapati menceroboh sesebuah kawasan boleh didenda sehingga S$1,000.
Polis juga mengingatkan bahawa "sesiapa yang menceroboh kawasan yang dimiliki Pemerintah atau bagi tujuan awam tanpa sebarang alasan yang sewajarnya akan disoal siasat".
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.