Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

5 remaja diberkas; berpakat untuk perdaya 25 mangsa skim penipuan telefon bimbit

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Lima orang remaja diberkas kerana disyaki bersubahat untuk menipu sekurang-kurangnya 25 mangsa, dengan para tertuduh memperolehi keuntungan lebih S$27,000 daripada penipuan tersebut.

Polis menyatakan bahawa pihaknya menerima sembilan aduan antara Februari dengan 6 April tahun ini di mana para mangsa didampingi oleh kelima-lima suspek untuk mendapatkan "wang tunai pantas" dengan melanggani pelan telefon baru yang juga ditawarkan dengan telefon bimbit yang baru. 

Lelaki-lelaki tersebut juga berjanji untuk menguruskan bayaran langganan bulanan, menurut polis dalam kenyataan medianya pada Jumaat (8 Apr). 

Kelima-lima lelaki yang berusia antara 16 hingga 18 tahun itu dipercayai mengambil telefon bimbit daripada para mangsa dan kemudian menjualnya. Selepas itu, mereka tidak lagi dapat dihubungi.

"Siasatan awal menunjukkan bahawa lelaki-lelaki tersebut dipercayai sudah memulakan skim itu sejak Disember 2021 dan menawarkan upah kepada 'orang tengah' yang sanggup memperkenalkan lebih ramai orang untuk menyertai skim tersebut," menurut polis. 

Tiga lelaki akan didakwa di mahkamah pada Jumaat (8 Apr) atas tuduhan menipu dengan berpakat antara satu sama lain. Jika sabit kesalahan, mereka berdepan dengan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda. 

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan