Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

5 pusat ujian dan vaksinasi bersama baru COVID-19 mula beroperasi 23 Jun

Lima Pusat Ujian dan Vaksinasi Bersama (JTVC)yang baru akan mula beroperasi bermula Khamis (23 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
5 pusat ujian dan vaksinasi bersama baru COVID-19 mula beroperasi 23 Jun

Gambar fail salah satu daripada lima pusat ujian dan vaksinasi bersama yang pertama. (Gambar: Facebook/Ong Ye Kung)

SINGAPURA: Lima Pusat Ujian dan Vaksinasi Bersama (JTVC)yang baru akan mula beroperasi bermula Khamis (23 Jun).

Lima pusat baru itu - di Ang Mo Kio, Bukit Merah, Sengkang, Woodlands dan Yishun - akan membawa jumlah pusat sedemikian di Singapura kepada 10.

Pusat-pusat itu akan menawarkan vaksin-vaksin Pfizer-BioNTech/Comirnaty dan Moderna/Spikevax COVID-19, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) pada Selasa.

Vaksin Nuvaxovid COVID-19 oleh Novavax akan disediakan di pusat ujian dan vaksinasi bersama di bekas tapak Sekolah Menengah Bishan Park, yang juga pusat pertama seumpama itu untuk mula beroperasi.

"Individu berusia 12 tahun dan ke atas boleh masuk sahaja ke mana-mana JTVC bagi menerima suntikan vaksin dan dos penggalak mereka," jelas MOH.

Ia menambah pusat vaksinasi di Pusat Konvensyen Raffles City akan ditutup pada 18 Julai sedang Singapura "membuka lebih banyak JVTC dan merangkumkan sumber kami serta membuka ruang ini bagi kegunaan lain".

Pusat tersebut akan menerima tempahan yang dibuat melalui sistem janji temu kebangsaan dan kunjungan tanpa janji temu bagi vaksinasi sehingga 18 Julai.

MOH sebelum ini mengumumkan pusat-pusat vaksinasi akan dikurangkan secara berperingkat dengan kebanyakan rakyat dan penduduk sudahpun divaksin.

Pusat-pusat ujian dan vaksinasi ditubuhkan bagi memastikan khidmat ujian serta vaksinasi COVID-19 kekal mudah diakses kepada orang ramai.

Ini butiran bagi lima JVTC itu:

JTVC Ang Mo Kio

Bekas tapak Institut Pendidikan Teknikal Ang Mo Kio

4300 Ang Mo Kio Ave 5 S(569869)

Jenis vaksin COVID-19: Pfizer-BioNTech/Comirnaty dan Moderna/Spikevax

Jenis ujian COVID-19: Reaksi rantaian polimerase (PCR) dan ujian pantas antigen (ART)

JTVC Bukit Merah

Bekas tapak pusat SEAB

8 Lower Delta Road S(169198)

Jenis vaksin COVID-19: Pfizer-BioNTech/Comirnaty dan Moderna/Spikevax

Jenis ujian COVID-19: PCR dan ART

JTVC Sengkang

Bekas tapak prasekolah di 60 Sengkang East Way S(548596)

Jenis vaksin COVID-19: Pfizer-BioNTech/Comirnaty and Moderna/ Spikevax

Jenis ujian COVID-19: PCR dan ART

JTVC Woodlands

Bekas tapak stesen pertukaran bas Woodlands

3A Woodlands Square S(737735)

Jenis vaksin COVID-19: Pfizer-BioNTech/Comirnaty dan Moderna/Spikevax

Jenis ujian COVID-19: PCR and ART

JTVC Yishun

Bekas tapak stesen pertukaran bas Yishun

20A Yishun Central S(768830)

Jenis vaksin COVID-19: Pfizer-BioNTech/Comirnaty dan Moderna/Spikevax

Jenis ujian COVID-19: PCR and ART

"Vaksinasi penting bagi melindungi kita daripada penyakit teruk apabila dijangkiti COVID-19, terutama sekali dengan jumlah kes yang meningkat. Dalam hal ini, kami benar-benar menyarankan warga emas berusia 70 tahun dan ke atas (dan terutama sekali mereka berusia 80 tahun dan ke atas) supaya mengambil suntikan dos penggalak mereka yang kedua," menurut MOH.

Mereka yang layak harus mendapatkan dua dos pertama vaksin dan sekurang-kurangnya dos penggalak mereka yang pertama secepat mungkin, tambah MOH. Ia menambah pasukan-pasukan vaksinasi mudah alih akan dikerahkan tidak lama lagi bagi membantu warga emas untuk mendapatkan suntikan dos penggalak mereka.

Pada Selasa, MOH juga menyatakan kes masyarakat COVID-19 menyaksikan kenaikan 23 peratus dari minggu ke minggu, dengan "sebahagian besarnya didorong" oleh penularan meningkat jujukan varian baru Omicron, BA.4 dan BA.5.

Peningkatan kes bagi BA.4 dan BA.5 juga dijangka berterusan, didorong oleh tahap penularan yang lebih tinggi berbanding BA.2, menurut MOH.

Singapura mencatat 7,109 kes baru COVID-19 pada Selasa, dengan 6,393 daripadanya adalah kes tempatan.

Sejauh ini, sebanyak 1,378,090 kes COVID-19 dicatat di Singapura sejak pandemik melanda.
Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan