Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

5 program cuti sekolah di masjid yang dapat anak anda sertai Jun ini

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Jika anda sering mencari idea untuk mengisi masa lapang anak-anak anda semasa cuti sekolah bulan Jun ini, inilah peluang anda untuk memadatkan jadual mereka dengan kegiatan-kegiatan yang dianjurkan oleh masjid-masjid setempat.

Dengan adanya pelbagai program yang dianjurkan masjid di merata Singapura, BERITAmediacorp menyenaraikan antara lima program menarik bagi anak-anak anda dari pelbagai lapisan usia.

1. PLAYDATE in The Forest dan Young Explorers Field Day

mosque

Diadakan dengan kerjasama pelbagai masjid yang menjalankan program aLIVE, seperti Masjid Al-Mawaddah dan Masjid Darul Ghufran, PLAYDATE in The Forest akan memberi inspirasi kepada anak-anak anda yang berusia dua hingga enam tahun untuk menjadi muslim muda yang baik menerusi kegiatan-kegiatan yang menyeronokkan.

Selain sesi bercerita, kegiatan yang bakal diadakan termasuk permainan bertemakan hutan seperti aktiviti menanam pokok, bermain lumpur dan banyak lagi.

mosque

Young Explorers Field Day atau You-FieD akan menggalak anak-anak anda yang berusia antara tujuh hingga 11 tahun untuk membina kemahiran psikomotor dengan menjalankan ibadah di hutan dan menghargai alam sekitar menerusi permainan bertemakan hutan.

2. Program 'Ukhuwwah Fillah 2.0: Unity Through Hardships'

mosque

Kembali bagi edisi kedua, 'Ukhuwwah Fillah 2.0: Unity Through Hardships' menggalak anak-anak anda menjalinkan hubungan lebih akrab menerusi kem yang menarik ini.

Dianjurkan Masjid Darul Aman, kem ini menggalak para peserta untuk belajar dengan ukhwah, haji dan kisah Nabi Ibrahim a.s., selain mengadakan sesi barbeku!

Kem ini dikhususkan bagi mereka yang berusia antara 10 hingga 16 tahun dengan yuran penyertaan berharga $35 seorang.

3. Mosque Explorers 2.0

mosque

Inilah peluang anak-anak anda untuk meneroka masjid dengan lebih mendalam lagi, dengan bimbingan para asatizah!

Mosque Explorers 2.0 di Masjid Assyakirin akan membolehkan anak-anak anda melihat dan memahami bilik-bilik khas dalam sesebuah masjid, sambil menjawab soalan kuiz dan mempelajari ilmu baru.

Antara kegiatan yang akan dijalankan termasuk di balik tabir masjid, jelajah di sekeliling masjid seperti bilik imam dan bilal serta meneroka bumbung masjid.

4. 'Solat & Soccer For Gentlemen', 'Jenazah: The Last Preparations' dan 'Dear Young Muslimah, Love Yourself'

mosque

Di Masjid Al-Amin pula, ia menyediakan program 'bundle', yang menanti anak-anak anda. 'Solat & Soccer For Gentlemen' dibuka kepada mereka yang berusia 13 hingga 18 tahun dan dibuka bagi para pelajar aLIVE dan juga orang ramai.

mosque

'Jenazah: The Last Preparations' pula program yang dapat dilakukan bersama anak anda. Ia dibuka bagi anak-anak yang berusia antara sembilan hingga 18 tahun, dengan slot terhad.

mosque

Jika anda mempunyai anak perempuan berusia antara 13 hingga 21 tahun, 'Dear Young Muslimah, Love Yourself' pula sesuai bagi mereka yang meningkat dewasa. Ceramah itu juga dikendalikan Ustazah Syariati.

5. 'Fiqh Mini-Muslimah Programme'

mosque

Program di Masjid Al-Mukminin ini mendorong anak-anak yang kian menginjak usia akil baligh untuk mempelajari dengan lebih mendalam lagi di bawah bimbingan asatizah mereka.

'Fiqh Mini-Muslimah Programme' adalah program sepanjang hari yang mengajar anak-anak perempuan anda mengenai haid dan pendarahan yang tidak tetap.

Ia juga akan mendidik mereka tentang aurat dan mahram.

Yang pasti, program-program ini bukan sahaja dapat mengisi masa lapang anak-anak anda semasa cuti sekolah dengan lebih baik, malah mereka juga akan berpeluang mendekatkan diri mereka dengan masjid.

Sumber : BERITA Mediacorp/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan