5 perubahan utama pada peraturan bagi penggunaan bendera SG
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Peraturan bagi cara penggunaan bendera Singapura akan dilonggarkan di bawah Akta dan Peraturan Simbol Negara, yang berkuat kuasa pada Selasa (1 Ogos).
Perubahan utama di bawah peraturan itu termasuk perlindungan lebih kukuh untuk melindungi simbol negara dari disalah guna serta penerangan lebih jelas tentang bagaimana simbol-simbol tersebut dapat digunakan dengan cara yang penuh hormat.
Demikian menurut Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY) dalam satu kenyataan media pada Isnin (31 Jul).
Akta dan Peraturan Simbol Negara akan menggantikan Akta Senjata, Bendera dan Lagu Kebangsaan Singapura (SAFNA), yang digubal pada 1959 untuk mentadbir urus penggunaan lambang negara, bendera dan lagu kebangsaan Singapura.
Akta baru itu bertujuan untuk menawarkan rangka kerja dan menggalak penggunaan simbol negara dan presiden dengan betul, sambil membolehkan lebih banyak simbol bagi rakyat Singapura untuk meluahkan kebanggaan dan perpaduan negara, menurut kementerian itu.
Berikut adalah perubahan utama kepada peraturan bagi penggunaan bendera Singapura:
1. PAPARAN
Menurut MCCY, paparan bendera negara menjangkaui tempoh Hari Kebangsaan, iaitu dari Julai hingga September, hanya tertakluk kepada kebenaran Menteri. Menteri mungkin boleh membenarkan bendera negara untuk dipaparkan di luar tempoh Hari Kebangsaan itu tanpa tiang bendera dan cahaya lampu pada waktu malam.
Di bawah Akta dan Peraturan SAFNA, sebarang perubahan kepada tempoh paparan memerlukan pindaan pada perundangan.
Mereka yang ingin menggunakan bendera negara atau gambarnya untuk tujuan komersil atau hiasan semasa tempoh Hari Kebangsaan tidak lagi perlu mendapat kelulusan daripada menteri.
Selain itu, bendera tersebut kini boleh dipaparkan atau dibawa secara mendatar. Apabila dipaparkan pada tembok atau permukaan yang rata, bendera tersebut harus diletak dengan bulan sabit dan bintang di bahagian atas jika dilihat oleh seseorang dari luar bangunan itu.
Ia tidak boleh dikaburkan atau ditindih dengan kasut atau pakaian.
Bendera negara juga tidak boleh dikibarkan atau dipamerkan secara terbalik. Ia harus sentiasa dipamerkan dengan bulan sabit dan lima bintangnya di penjuru bahagian kiri tiang bendera, kecuali ia ditetapkan oleh protokol pihak penerbangan tentera atau antarabangsa serta tentera laut, tambah MCCY.
2. PAKAIAN
Di bawah perubahan itu, bendera negara dan gambarnya boleh digunakan pada pakaian untuk tujuan bukan komersil sepanjang tahun, tanpa memerlukan kelulusan menteri, selagi ia digunakan dengan penuh hormat.
Apabila gambar bendera negara diletakkan pada pakaian, ia harus ditempatkan di atas bahagian pinggang. Gambar itu tidak boleh digunakan pada pakaian tidak sesuai seperti baju dalam atau di bahagian pakaian yang mudah kotor, seperti di bahagian depan pelitup muka.
Jika gambar bendera negara digunakan pada pakaian atas sebab mewakili negara, ia harus diletakkan di bahagian atas dan bukan di bahagian yang mudah kotor.
Bendera itu juga tidak boleh digunakan pada barangan yang mudah kotor seperti selipar.
3. REKAAN BAGI KEGUNAAN MODEN
Pengeluaran dan paparan bendera yang diubah atau mempunyai reka bentuk berlainan tidak dibenarkan.
Gambar bendera negara atau elemennya boleh digabungkan dengan lukisan kreatif lain.
Namun, lukisan bendera itu tidak boleh diubah dengan ketara dari reka bentuk asli. Ini termasuk menukar warna bendera negara atau menghasilkan gambaran bendera yang koyak, patah atau lusuh.
Bendera Singapura juga tidak boleh digunakan pada barangan yang boleh dikoyakkan atau dibuang, seperti bungkusan plastik, tisu kertas dan beg sampah.
Ia juga tidak sesuai digunakan ketika majlis pengebumian dan acara berkaitan, serta promosi produk dan khidmat secara palsu .
4. PERINTAH BERHENTI
Kuasa perintah berhenti akan ditubuhkan bagi mereka yang tidak menggunakan bendera negara dengan penuh hormat, termasuk gambar bendera, perubahan pada elemen bendera, namun tetap boleh dianggap seperti bendera negara. Kegagalan mematuhi perintah berhenti itu akan dikira sebagai satu kesalahan.
Perintah berhenti itu akan merangkumi penggunaan yang tidak menghormati lagu kebangsaan dan ikrar negara.
Mekanisme perintah berhenti itu akan menyediakan penjelasan tentang penggunaan yang tidak sopan dan akan memberi peluang kepada pengguna untuk membetulkan kesilapan mereka sebelum tindakan selanjutnya diambil terhadap mereka, menurut MCCY dalam satu kenyataan media. Mereka yang diberi perintah berhenti boleh membuat rayuan kepada menteri.
5. DENDA
Denda maksimum adalah serupa dengan denda sedia ada buat kesalahan merosakkan monumen negara di bawah Akta Pemuliharaan Monumen 2009.
Orang awam boleh melungsuri laman web Lembaga Warisan Negara (NHB) di go.gov.sg/nationalsymbols untuk merujuk kepada garis pandu tentang penggunaan simbol negara yang sudah dikemas kini.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.