Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

5 pemilik rumah di Lorong 3 Geylang dibantu cari tempat tinggal sementara; tempoh pajakan tamat 31 Dis

Para pemilik lima unit rumah di Lorong 3 Geylang masih belum memuktamadkan rancangan untuk berpindah meskipun tempoh pajakan unit mereka akan berakhir pada hujung tahun ini. 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 03 Dec 2020 05:46PM Dikemas Kini : 03 Dec 2020 10:36PM

SINGAPURA: Para pemilik lima unit rumah di Lorong 3 Geylang masih belum memuktamadkan rancangan untuk berpindah meskipun tempoh pajakan unit mereka akan berakhir pada hujung tahun ini.

Menurut Penguasa Tanah Singapura (SLA), mereka yang terjejas sedang mendapatkan bantuan HDB untuk perumahan sementara.

Lagi 32 pemilik rumah yang lain pula sudahpun membuat rancangan untuk berpindah sebelum tempoh pajakan mereka berakhir.

Hampir 200 rumah teres di Lorong 3 Geylang akan diserahkan semula kepada pihak berkuasa pada 31 Disember ini.

SLA menyatakan, langkah mengambil alih kawasan perumahan tersebut diumumkan tiga tahun lalu dengan tapak seluas dua hektar itu bakal dibangunkan semula bagi perumahan awam.

Rumah-rumah teres itu dijual dengan tempoh pajakan 60 tahun, pada tahun 1960.

Sekitar 40 daripada rumah-rumah tersebut didiami oleh para pemiliknya manakala hampir 150 yang lain sudah dikosongkan, atau digunakan untuk menempatkan para pekerja asing atau bagi tujuan kegiatan keagamaan.

Sejauh ini, lima buah rumah sudahpun diserahkan semula kepada pemerintah. 

Sumber : CNA/AI/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan