Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

5 pemandu lori dipenjara kerana seludup tembakau kunyah bernilai lebih S$200,000 ke S'pura

Lima lelaki berusia antara 37 dengan 51 tahun, dipenjara kerana menyeludup tembakau kunyah bernilai sekitar S$213,000 ke Singapura, kata Penguasa Sains Kesihatan (HSA) pada Selasa (22 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
5 pemandu lori dipenjara kerana seludup tembakau kunyah bernilai lebih S$200,000 ke S'pura

(Gambar: ICA)

Diterbitkan : 22 Sep 2020 02:55PM Dikemas Kini : 22 Sep 2020 03:00PM

SINGAPURA: Lima lelaki berusia antara 37 dengan 51 tahun, dipenjara kerana menyeludup tembakau kunyah bernilai sekitar S$213,000 ke Singapura, kata Penguasa Sains Kesihatan (HSA) pada Selasa (22 Sep).

Para pegawai Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) menemui lebih 53,200 bungkus tembakau kunyah yang disembunyikan dalam lori berdaftar di Malaysia di Pusat Pemeriksaan Tuas pada 7 September.

Tembakau itu dijumpai dalam beg plastik hitam yang disembunyikan di pelbagai bahagian lori-lori itu seperti tempat tidur dan ruang enjin, menurut satu kenyataan media HSA.

Bungkusan itu mengandungi tembakau Khaini, sejenis tembakau kunyah yang dibuat daripada dari daun tembakau lembap berwarna coklat gelap yang dicampur dengan kapur atau rempah-ratus, kata pihak berkuasa.

"Siasatan HSA mendedahkan bahawa penyeludup menggunakan kaedah operasi yang serupa dalam kegiatan penyeludupan mereka," tambahnya.

Kelima-lima warga Malaysia itu telah diarahkan ke tempat-tempat letak kereta tertentu di Singapura untuk menyerahkan tembakau kunyah itu kepada seseorang.

Mengimport, mengedar dan menjual tembakau kunyah diharamkan di Singapura.

Mereka dihukum penjara antara lima dengan 16 minggu.

Perbuatan mengimport, mengedar dan menjual produk tembakau tiruan seperti shisha, tembakau tanpa asap dan tembakau kunyah dilarang di Singapura. Sesiapa yang disabitkan dengan kesalahan itu akan dikenakan hukuman penjara sehingga enam bulan, denda hingga S$10,000, atau kedua-duanya. Hukuman dua kali ganda boleh dijatuhkan bagi pesalah berulang.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan