Skip to main content

Singapura

5 orang berusia 61-65 tahun diberkas, disyaki edar dadah

Anggaran Waktu Membaca:
5 orang berusia 61-65 tahun diberkas, disyaki edar dadah

Bungkusan kopi, dipercayai mengandungi paket heroin, dirampas dalam operasi Biro Narkotik Pusat (CNB) pada 5 Jan 2022. (Foto: Central Narcotics Bureau )

Diterbitkan : 06 Jan 2022 03:13PM Dikemas Kini : 06 Jan 2022 03:14PM

SINGAPURA: Lima rakyat Singapura berumur antara 61 dengan 65 tahun diberkas pada Rabu (5 Jan) kerana disyaki terlibat dalam aktiviti mengedar dadah menurut Biro Narkotik Pusat (CNB) hari ini (6 Jan).

Kira-kira 932 gram heroin dan lima gram Ice, bernilai kira-kira S$66,000, sudah dirampas menurut agensi itu. Jumlah heroin tersebut dikatakan cukup untuk memenuhi ketagihan kira-kira 440 orang pesalah dadah selama seminggu, menurut CNB.

Salah satu suspek, berumur 61 tahun ditahan di kawasan Tampines Street 22 pada Rabu pagi (5 Jan). Sebanyak 17 bungkus heroin dan satu straw dadah ditemui pada lelaki itu, menurut CNB.

Lelaki itu kemudian dibawa ke rumahnya di Choa Chu Kang, di mana lagi enam gram heroin dirampas.

Dalam operasi susulan pagi itu, para pegawai menyerbu sebuah unit kediaman berhampiran North Bridge Road, di mana tiga lelaki berusia antara 63 dengan 65 tahun diberkas, bersama dengan seorang wanita berusia 65 tahun.

Pegawai CNB menemui 100 bungkus dan 10 straw mengandungi kira-kira 790 gram heroin, serta satu bungkus yang mengandungi kira-kira lima gram Ice.

Beberapa bungkus heroin ditemui di dalam mangkuk tandas di unit yang sama, serta di tempat pembuangan sampah berhampiran, tambah agensi itu.

Siasatan masih dijalankan ke atas semua suspek dalam kegiatan dadah ini.

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita