Skip to main content

Singapura

5 lelaki ditangkap kerana merusuh di Orchard Towers

Lima lelaki berusia antara 27 hingga 63 tahun diberkas kerana didakwa merusuh di Orchard Towers semalam (7 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
5 lelaki ditangkap kerana merusuh di Orchard Towers

Gambar fail Orchard Towers. (Gambar: CBRE)

Diterbitkan : 08 Mar 2018 04:03PM Dikemas Kini : 08 Mar 2018 04:07PM

SINGAPURA: Lima lelaki berusia antara 27 hingga 63 tahun diberkas kerana didakwa merusuh di Orchard Towers semalam (7 Mac).

Demikian menurut polis hari ini (8 Mac).

Pada sekitar 8.00 pagi semalam, polis dimaklumkan tentang insiden di mana lima lelaki berkenaan menyerang seorang lelaki di perhentian teksi pusat beli-belah itu. Siasatan awal menunjukkan suspek-suspek juga menyerang tiga lelaki lain yang cuba meleraikan pergaduhan itu.

Polis memberkas lima lelaki tersebut dan mendapati salah seorang daripada mereka memiliki sebilah pisau dapur.

Empat suspek akan dihadapkan ke mahkamah esok (9 Mac) kerana disyaki terlibat dalam insiden rusuhan. Satu lagi suspek akan didakwa dengan satu lagi tuduhan tambahan kerana memiliki senjata berbahaya.

Jika sabit kesalahan atas tuduhan merusuh, mereka boleh dipenjara sehingga tujuh tahun dan disebat. Bagi suspek yang memiliki senjata berbahaya pula, dia boleh dipenjara sehingga tiga tahun dan disebat sekurang-kuranganya enam kali.

Siasatan terhadap suspek yang memiliki senjata masih diteruskan.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita