Skip to main content

Singapura

5 lelaki diberkas kerana merusuh; lelaki 61 tahun ditemui dalam keadaan tidak sedar di North Bridge Road

Lima lelaki diberkas pada Isnin (16 Nov) kerana merusuh setelah seorang lelaki berusia 61 tahun ditemui dalam keadaan tidak sedar di kolong blok, menurut Pasukan Polis Singapura (SPF) dalam kenyataan medianya.

Anggaran Waktu Membaca:
5 lelaki diberkas kerana merusuh; lelaki 61 tahun ditemui dalam keadaan tidak sedar di North Bridge Road

Blok 9 North Bridge Road.

Diterbitkan : 16 Nov 2020 10:37PM Dikemas Kini : 16 Nov 2020 10:38PM

SINGAPURA: Lima lelaki diberkas pada Isnin (16 Nov) kerana merusuh setelah seorang lelaki berusia 61 tahun ditemui dalam keadaan tidak sedar di kolong blok, menurut Pasukan Polis Singapura (SPF) dalam kenyataan medianya.

Pihak polis dimaklumkan mengenai insiden itu sekitar 9.50 pagi pada Ahad setelah lelaki berusia 61 tahun itu ditemui dalam keadaan tidak sedar dan berlumuran darah di kolong Blok 9 North Bridge Road. Beliau dibawa ke Hospital Tan Tock Seng.

Para pegawai dari Divisyen Polis Central mengenal pasti identiti kelima-lima lelaki itu yang berusia antara 21 tahun hingga 41 tahun dan memberkas mereka pada Isnin.

"Siasatan awal mendedahkan bahawa mangsa dikenali oleh salah seorang lelaki itu dan mereka dipercayai menyerang mangsa setelah berlaku perselisihan," menurut polis.

Kelima-lima lelaki itu akan didakwa di mahkamah pada Selasa.

Sesiapa yang didapati bersalah kerana merusuh boleh dipenjara sehingga tujuh tahun dan disebat.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita